Anwar serikan majlis perkahwinan Ahli Parlimen Sungai Petani

Mohammed Taufiq, yang juga anak keenam Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bertemu jodoh dengan Dr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendra, yang berasal dari Indonesia

2:22 PM MYT

 

SUNGAI PETANI – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis perkahwinan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari di sini.

Mohammed Taufiq, 28, yang juga anak keenam Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bertemu jodoh dengan Dr Fathiya Ainul Mardhiyah Andri Nopendra, 26, yang berasal dari Indonesia.

Ketibaan Perdana Menteri pada majlis yang diadakan di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani pada pukul 12 tengah hari, disambut Johari dan isteri Puan Sri Noraini Mohd.

Perdana Menteri yang meluangkan masa selama sejam sempat menjamu selera sebelum beramah mesra dengan tetamu serta meluangkan masa bergambar dengan pengantin serta ahli keluarga.

Majlis turut dihadiri beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Ahli Parlimen selain perwakilan luar negara.

Perdana Menteri kemudian meninggalkan majlis pada pukul 1 tengah hari.

Beliau dijadualkan menghadiri dua program di Pulau Pinang hari ini iaitu lawatan ke Hospital Seberang Jaya dan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related