Jika berani, kita cabar isytihar 6 Parlimen, 1 DUN kosong sekarang: Muhyiddin

Beliau yakin Perikatan Nasional akan menang lebih besar jika Pilihan Raya Kecil diadakan

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencabar kerajaan untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN, di mana wakil rakyat parti Bersatu memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, biar mandat dikembalikan kepada rakyat dan mereka yang akan menentukan siapa layak menduduki kerusi berkenaan.

Sambil menyatakan beliau bukan mendabik dada atau angkuh, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu yakin PN akan menang lebih besar sekiranya PRK diadakan di kerusi-kerusi tersebut.

“Saya cabar 6 kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN itu dikosongkan sekarang, biar rakyat yang beri mandat.

“Bukan nak cakap besar tapi saya yakin PN akan menang lebih besar jika PRK diadakan,’’ katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional 2024, di sini hari ini.

Konvensyen itu diadakan secara tertutup. Hanya acara perasmian dibenarkan untuk liputan media.

Baru-baru ini, Bersatu meluluskan Pindaan Perkara 10 Perlembagaan parti dalam Mesyuarat Agung Khas yang menyatakan keahlian mana-mana wakil rakyatnya akan terlucut serta-merta jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Muhyiddin memaklumkan Bersatu akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengesahkan sama ada mereka kekal dengan keputusan untuk meneruskan sokongan itu.

Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim selain Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Sementara Datuk Abdul Rashid Asari yang juga ADUN Selat Klang, turut mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Meskipun menyokong kepimpinan Amirudin, Rashid menyatakan beliau akan terus kekal sebagai ahli Bersatu. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related