Kabinet beri lampu hijau cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan

Antara pindaan perlembagaan yang dicadangkan termasuk menurunkan usia maksimum memohon kewarganegaraan daripada 21 tahun kepada 18 tahun

6:46 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kabinet hari ini meluluskan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, susulan keputusan mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, sesi penerangan akan diteruskan sebelum ia dibentangkan di Parlimen.

“Hari ini saya bentangkan (draf cadangan pindaan) dan Kabinet beri ‘green light’ (lampu hijau) sepenuhnya dan saya akan teruskan dengan proses berikutnya.

“Sesi penerangan kepada rakan media ada dalam jadual penerangan saya. Libat urus dengan tokoh berpengaruh, badan masyarakat sivil, Ahli-ahli Parlimen yang akan mengundi… saya akan teruskan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Antara pindaan perlembagaan yang dicadangkan termasuk menurunkan usia maksimum memohon kewarganegaraan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Disember tahun lalu dilaporkan Jabatan Peguam Negara sedang merangka draf cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan wanita rakyat tempatan dengan lelaki warga asing.

Draf tersebut dibuat bagi meminda Perkara 14(1)(b) untuk memasukkan perkataan ibu dengan tujuan membolehkan kewarganegaraan anak diperoleh secara kuat kuasa undang-undang.

Mengulas lanjut, Saifuddin berharap semua pindaan yang dicadangkan itu dapat diluluskan pada tahun ini.

“Kita kena tunggu giliran di Parlimen sebab banyak pindaan bukan sahaja kementerian ini, kementerian lain pun ada jadual mereka. Jadi kita kena daftar dan tunggu tarikh ditetapkan oleh Setiausaha Dewan (Rakyat),” katanya. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related