Ajaran The Ahmadi: KDN teliti sama ada wujud ancaman keselamatan, ketenteraman awam

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut memaklumkan setakat ini pihaknya belum menerima laporan lanjut daripada PDRM berhubung perkembangan siasatan ajaran itu

5:25 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti sama ada wujud ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam dalam isu ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya juga akan membuat semakan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berhubung perkara itu.

“Saya difahamkan menteri agama (Na’im) sudah keluarkan kenyataan, itu dari sudut ada pelanggaran agama dan undang-undang.

“Dari sudut KDN, aspek ketenteraman awam dan keselamatan. Jadi saya akan bekerjasama dengan menteri agama untuk melihat aspek yang ada unsur-unsur yang dianggap boleh menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan setakat ini pihaknya belum menerima laporan lanjut daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung perkembangan siasatan ajaran berkenaan.

“Setakat ini saya belum dapat apa-apa laporan, mungkin ada… cuma PDRM belum update (kemaskini kepada) saya, saya akan semak dulu.

“Saya juga akan semak dengan menteri agama lagi, sebab di bawah kita penguatkuasaan dan kawalan. Tentu kita boleh aktifkan bahagian penguat kuasa kita jika memang wujud perkara disebut,” katanya.

Semalam, Mohd Na’im berkata, ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace adalah bertentangan dengan syariat Islam.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan semua kandungan di media sosial mengenai ajaran itu diturunkan seberapa segera bagi mengelakkan masyarakat daripada terpengaruh.

Katanya, langkah bagi menurunkan kandungan ajaran The Ahmadi di media sosial itu sudah dibincangkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan PDRM.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai akaun TikTok dipercayai milik bishop atau ketua ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace yang mempunyai lebih 30,000 pengikut dan mendapat sambutan apabila pemilik akaun itu menggunakan aplikasi TikTok live atau siaran langsung. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related