Lesen pengendali umrah, Emraz Travel & Tours dibatalkan, langgar syarat Akta 482

Menurut MOTAC, syarikat itu menjalankan perniagaan mengikut cara memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan dan ekonomi negara

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lesen syarikat pengendali umrah, Emraz Travel dan Tours Sdn Bhd telah dibatalkan berkuatkuasa 11 Mac ini kerana melanggar syarat lesen dan peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) dalam kenyataannya memaklumkan pembatalan lesen itu adalah selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta.

“Pembatalan lesen itu dilakukan kerana telah melanggar lesen dan peruntukan Akta 482 serta menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan dan ekonomi negara,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Pada 15 Januari lalu, syarikat pengendali pakej umrah itu dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) supaya membayar balik tuntutan sebanyak RM589,031 kepada 21 mangsa, tahun lalu.

Emraz Travel & Tours Sdn Bhd ketika itu diwakili pengarahnya, Datuk Dr Zulkarnain Endut, 43, dan isteri, Datin Mazuin Mustafa, 43, selaku orang kena saman (OKS). Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai pembatalan lesen Emraz Travel dan Tours. – Gambar MOTAC, 8 Mac, 2024

Lima hari selepas itu, Bukit Aman memaklumkan sudah menerima arahan daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk menuduh dua pengarah Emraz Travel & Tours Sdn Bhd berkait penipuan pakej umrah mencecah jutaan ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada 25 kertas siasatan dibuka, lima kertas siasatan yang lengkap sebelum ini sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Pada 3 April, Lembaga Tabung Haji turut menggantung lesen Emraz selaku Pengelola Jemaah Haji (PJH) sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

TH dalam kenyataannya berkata, keputusan itu diambil berikutan beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang diberikan oleh syarikat berkenaan. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related