Penuhi permintaan rakyat, 10 tren ETS baharu dijangka beroperasi 2025: Anthony Loke

Kementerian Pengangkutan juga mempunyai program untuk menaik taraf dan menambahbaik stesen KTMB dari semasa ke semasa

11:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan sudah membuat perolehan 10 set tren ETS baharu membabitkan enam koc yang dijangka beroperasi secara berperingkat mulai 2025.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah penambahan kepada 24 set tren sedia ada itu adalah bagi memenuhi permintaan menggalakkan daripada penumpang ETS.

“Dengan penambahan 10 set ETS baharu, dijangkakan sehingga 64 trip sehari boleh dilaksanakan.

“Jumlah penumpang juga dijangka meningkat kepada 7,547,565 setahun apabila semua set tren elektrik beroperasi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi berhubung adakah Kementerian Pengangkutan bercadang menambah gerabak penumpang ETS.

Rushdan berkata, ia memandangkan permintaan pengguna perkhidmatan itu semakin meningkat, terutamanya penumpang yang ingin ke Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Anthony memaklumkan, perkhidmatan ETS masa ini menyediakan sebanyak 32 perkhidmatan sehari, termasuk 10 perkhidmatan ETS laluan dari dan ke Padang Besar.

“Jumlah penumpang tren ETS bagi tahun 2023 adalah sebanyak 4,115,242 penumpang setahun (di seluruh negara).

“Di Perlis, terdapat dua stesen untuk perkhidmatan ETS, iaitu Padang Besar dan Arau. Stesen Padang Besar mencatatkan 347,894 penumpang, manakala Stesen Arau merekodkan 231,896 penumpang pada 2023,” katanya.

Beliau berkata, jumlah penumpang juga dijangka meningkat kepada 7,547,565 setahun apabila semua set tren elektrik beroperasi.

“Selain perkhidmatan berkala ETS, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyokong inisiatif pelancongan dengan menawarkan perkhidmatan tren disewa khas berdasarkan permintaan.

“Kementerian Pengangkutan sentiasa bersedia bekerjasama dengan kerajaan Perlis dalam memantapkan jaringan pengangkutan awam untuk menyokong ekonomi pelancongan,” katanya.

Sementara itu, pada sidang sama, Anthony berkata, Kementerian Pengangkutan sememangnya mempunyai program untuk menaik taraf dan menambahbaik stesen KTMB dari semasa ke semasa.

Justeru, pihaknya akan meneliti permintaan dikemuka Rushdan untuk kerajaan menaik taraf terminal Padang Besar, bagi menentukan sama ada wujud keperluan untuk melaksanakan perkara itu. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related