Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7145/7190 daripada 4.7295/7350 yang dicatat semalam

10:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong oleh sentimen lebih baik menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), petang ini.

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7145/7190 daripada 4.7295/7350 yang dicatat semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan beberapa pergerakan positif bagi ringgit namun kekal berhati-hati berikutan data ekonomi AS yang disifatkan beliau masih memaparkan pasaran tenaga kerja yang berdaya tahan.

“Data Penggajian ADP itu tidak menepati jangkaan awal apabila mencatat 140,000 pada Februari berbanding jangkaan sebanyak 149,000. Jumlah itu menyusuli kenaikan 111,000 yang dicatat pada Januari lepas,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) pula di paras rendah pada 103.36 mata selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) memberi jaminan bahawa bank pusat itu akan mengurangkan kadar utama walaupun masih perlu melihat beberapa bukti meyakinkan bahawa kadar inflasi bergerak ke arah matlamat sebanyak dua peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain iaitu naik pound Britain pada 6.0053/0111 daripada 6.0207/0277 sebelum ini.

Ringgit juga meningkat berbanding euro kepada 5.1397/1447 daripada 5.1438/1498 namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.1660/1692 daripada 3.1604/1643 sebelum ini.

Pada masa sama, ringgit turut diniagakan mengukuh berbanding mata wang Asean. 

Ini termasuk meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2337/2519 daripada 13.2479/2704, mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.5241/5277 daripada 3.5268/5312, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 300.1/300.6 daripada 301.1/301.6 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 8.45/8.46 daripada 8.46/8.48. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related