Kebakaran Tawau: Seramai 286 orang dipindahkan ke PPS pagi ini

Satu lagi PPS telah dibuka iaitu Dewan OT Mohd Jantan Tanjung Batu Darat di sini, namun setakat ini masih tiada mangsa dipindahkan

9:18 AM MYT

 

TAWAU – Seramai 286 orang daripada 81 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau di sini akibat kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, setakat 8 pagi ini.

Sekretariat  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan satu lagi PPS telah dibuka iaitu Dewan OT Mohd Jantan Tanjung Batu Darat di sini, namun setakat ini masih tiada mangsa dipindahkan.

“Dua PPS ini dibuka pada pukul 8 malam tadi, dan dijangka berlaku peningkatan mangsa yang akan dipindahkan,” menurut kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan kira-kira 45 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond di sini, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related