E-Testing: Bukti kerajaan berani berubah, laksana pendekatan baharu seiring teknologi terkini

Pengenalan sistem ini menjadikan pentadbiran dan pengurusan lesen memandu menjadi lebih selaras serta sistematik di seluruh negara

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelancaran projek Sistem Latihan dan Pengujian Memandu secara Elektronik (e-Testing), membuktikan kerajaan tidak takut melakukan perubahan dan menggunakan pendekatan baharu dalam pengurusan lesen memandu negara.

Bercakap kepada Scoop, pakar pengangkutan, Rosli Azad Khan berkata, projek itu juga membuktikan kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yakin dengan peranan teknologi terkini dalam membantu meningkatkan kecekapan pemanduan.

Katanya, langkah efisien dilaksanakan itu, bakal memberi manfaat besar kepada sistem pentadbiran dan pengurusan lesen memandu, dengan menjadikannya lebih teratur serta efisien.

“Perubahan dilaksanakan itu diharap dapat dilakukan dalam masa terdekat melibatkan semua insitut memandu (IM), tidak hanya tertumpu kepada kawasan bandar sahaja.

“Saya bersetuju dengan e-Testing sebab ia antara langkah efisien yang diambil MOT dan JPJ, cuma buat permulaannya, tidak banyak lokasi boleh menyumbang ke atas pelaksanaannya.

“E-Testing ini boleh diluaskan ke kawasan luar bandar juga kerana ia dapat meluaskan penggunaan di seluruh negara, tanpa perlu menunggu sehingga tempoh enam tahun tempoh pelaksanaan sepenuhnya seperti diberikan MOT,” katanya.

Pakar pengangkutan, Rosli Azad Khan percaya, e-Testing bakal memberi manfaat besar kepada sistem pentadbiran dan pengurusan lesen memandu dengan menjadikannya lebih teratur serta efisien. – Gambar Rosli Azad Khan, 7 Mac, 2024

Malah, Rosli turut menasihatkan masyarakat agar dapat menerima perubahan cuba dilakukan supaya bidang berkenaan mampu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi masa kini.

“Tentunya dengan pengenalan sistem ini, ia menjadikan pentadbiran dan pengurusan lesen memandu lebih selaras serta sistematik di seluruh negara.

“Jadi, adalah perlu juga bagi masyarakat menerima perubahan dan pendekatan baru ini serta mesti berubah mengikut arus,” katanya.

Memberikan nada serupa, Pakar Jurutera Perunding Mekanikal dan Kenderaan Bertauliah, Datuk Foong Choy Chye bersetuju dengan pelancaran e-Testing kerana ia dijamin dapat mengurangkan interaksi sesama manusia ketika ujian berlangsung.

Menurutnya, ia adalah ‘open secret’ apabila terdapat segelintir calon pemandu yang kadang-kala cuba memberikan ‘rasuah’ kepada pegawai penguji dalam usaha untuk meluluskannya.

Justeru, beliau berkata, dengan adanya e-Testing, sistem itu secara tidak langsung akan menghapuskan gejala terbabit.

“Saya bersetuju e-Testing ini dilaksanakan sebab sekarang pegawai penguji tidak lagi berada dalam satu kereta bersama calon, hanya menilai menerusi kamera yang dipasang menerusi bilik kawalan.

“IM juga dapat menapis betul-betul calon dirasakan sudah cukup berani dan yakin untuk mengambil ujian memandu, sekali gus dapat melahirkan generasi bebas ‘lesen terbang’,” katanya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, menerusi e-Testing calon ujian memandu dapat diukur menggunakan alat sensor dan kamera dengan keputusan akan dijana secara masa nyata. – Gambar Rosli Azad Khan, 7 Mac, 2024

Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, e-Testing akan menawarkan pelbagai kelebihan kepada calon dan IM bagi meningkatkan integriti proses penilaian.

Menurutnya, prestasi calon ujian memandu dapat diukur menggunakan alat sensor dan kamera dengan keputusan akan dijana secara masa nyata.

Katanya, ia sekali gus membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai JPJ di dalam kenderaan.

“Sistem ini akan mengurangkan campur tangan manusia, supaya IM hanya akan mengeluarkan pemandu benar-benar berhemah.

“Kita nak membudayakan integriti dalam proses perlesenan kita. Tiada lagi istilah lesen ‘pau’ atau lesen ‘guarantee’,” katanya.

Setakat ini tiga IM bersedia melaksanakan e-Testing, iaitu Institut Memandu Surfine Hitech di Hulu Langat, Selangor; Pusat Latihan Memandu Berjaya Bhd di Ulu Tiram, Johor serta Institut Lima Bintang Abadi Sdn Bhd di Pulau Pinang. – 7 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related