Umno tetap sokong kerajaan Kelantan martabat enakmen syariah Islam, ‘Kami pun nak masuk syurga’

Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim kekal dengan pendirian menyokong sepenuhnya segala usaha memartabat syariah Islam

9:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno akan tetap bersama-sama kerajaan Kelantan memartabatkan enakmen syariah Islam, termasuk menyokong usul penggubalan semula 16 seksyen dalam peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang dibatalkan di Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu.

Penegasan itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini selepas usul mengenainya dicadangkan Adun Melor, Wan Rohimi Wan Daud.

Usul itu turut dipersetujui semua Adun yang bersidang termasuk Mohd Syahbuddin dan seorang lagi pemimpin pembangkang, Dr Hafidzah Mustakim (Kota Lama-Amanah).

“Dari segi kronologi Enakmen Kanun Syariah Kelantan ini, dari tahun 1986 dibawa oleh Adun Barisan Nasional (BN) dalam negeri ini disokong bersama. Pada tahun 1993 dibawa bersama tok guru (Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat), disokong oleh Adun BN.

“(Kemudian) … 2015 dibawa sekali lagi dan disokong oleh kita. (Tahun) 2019 dibawa, disokong lagi dan lepas daripada ini pun InsyaAllah, kami akan sokong! Kami pun nak masuk syurga.

“Mari kita sepakat, kita ada ramai pengamal undang-undang di sini supaya tidak boleh ada mistake (kesilapan) atau orang boleh cabar kita bila kita bentangkan enakmen syariah pada masa akan datang,” katanya menerusi video yang dimuatnaik di aplikasi TikToknya, hari ini.

Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan usul penggubalan semula 16 seksyen dalam peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019. – Gambar Facebook, Mohd Syahbuddin Hashim, 6 Mac, 2024

Terdahulu, DUN Kelantan sebulat suara meluluskan usul penggubalan semula 16 seksyen dalam peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang dibatalkan di Mahkamah Persekutuan 9 Februari lalu.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika meluluskan usul itu berpendapat, ia memenuhi tiga syarat ditetapkan iaitu mustahak, untuk kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

“Oleh itu, saya menerima cadangan ini,” katanya.

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.

Dalam keputusan penghakiman 8-1, panel hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman. – 6 Mac 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related