SPRM tahan pengarah syarikat buat tuntutan palsu hampir RM1 juta

Suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu pada 2021 membabitkan kerja penyelenggaraan stor minyak dan bilik penginapan di Kota Belud, Sabah berjumlah lebih RM490,000

5:27 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat yang disyaki terlibat dengan tuntutan palsu kerja penyelenggaraan stor minyak, pemasangan paip dan kamera litar tertutup (CCTV) berjumlah hampir RM1 juta.

Lelaki berusia 50-an itu ditahan pada kira-kira 7.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM dan direman selama empat hari hingga Sabtu ini selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan agensi antirasuah itu.

Menurut sumber, suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu pada 2021 membabitkan kerja penyelenggaraan stor minyak dan bilik penginapan di Kota Belud, Sabah berjumlah lebih RM490,000.

“Individu itu juga dipercayai telah membuat tuntutan palsu kerja penyelenggaraan stor minyak, pemasangan paip dan CCTV berjumlah lebih RM470,000 di Lahad Datu, Sabah sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan,” katanya.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – 6 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related