Polis sahkan penemuan tulang paha, betis dan keting manusia di lokasi mayat Bella ditemukan

Susulan itu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dipanggil untuk menjalankan siasatan

5:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penemuan beberapa ketul tulang di lokasi mayat Bella atau Mila Sharmila Shamsusah, 32, ditemukan pada 19 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam berhubung penemuan tersebut di kawasan rumah terbiar di Jalan Besar Tongkang Pechah dekat Batu Pahat kira-kira jam 11.30 pagi, pada 28 Februari lalu.

Susulan itu katanya, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dipanggil untuk menjalankan siasatan.

“Hasil pemeriksaan menjumpai dua ketul tulang dipercayai tulang bahagian paha, dua ketul tulang bahagian betis dan dua ketul tulang bahagian keting di lokasi berkenaan.

“Kesemua tulang berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 29 Februari lalu untuk analisa perbandingan DNA,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, polis masih menunggu keputusan laporan analisis dari Jabatan Kimia Johor yang mana proses itu mengambil masa lebih kurang sebulan.

Justeru, katanya, polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah kesemua tulang berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 29 Februari lalu untuk analisa perbandingan DNA. – Gambar media sosial, 6 Mac, 2024

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut, boleh menyalurkan ke talian 07-436330,” katanya.

Terdahulu, kakak kepada arwah Bella, Norhisham Shamsusah, 36, menzahirkan kesyukuran apabila sebahagian anggota badan adiknya yang mati dibunuh sudah ditemukan.

Katanya, 90% rangka yang ditemukan dipercayai milik Bella, tetapi mereka perlu menunggu keputusan forensik untuk pengesahan.

“Alhamdulillah, sebahagian rangka arwah Bella ditemui semula, tetapi kami masih menunggu keputusan forensik.

“Sejumlah 90% rangka ditemui dipercayai milik Bella, mohon doakan supaya anggota lain dijumpai,” katanya

Pada 19 Januari lalu, mayat Bella ditemukan dalam keadaan rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar dekat Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor Bahru, selepas tertuduh yang juga teman lelakinya dipandu ke lokasi.

Penemuan rangka itu merungkai semua misteri kehilangan Bella selepas mangsa didakwa keluar bersama tertuduh pada malam 14 Disember lalu.

Tertuduh yang juga bekas posmen kemudiannya didakwa di Mahkamah Majistret pada 24 Januari lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 6 Mac 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related