Gangguan seksual dalam LRT: Prasarana sudah hubungi mangsa, giat kesan suspek

Pasukan polis bantuan Prasarana akan menambah bilangan anggota bagi menjalankan rondaan di dalam tren, selain memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang diberi keutamaan

3:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sedang giat mengesan suspek kes gangguan seksual yang dilaporkan berlaku di dalam transit aliran ringan (LRT) baru-baru ini, seperti tular di media sosial.

Menerusi kenyataan, Prasarana berkata, pihaknya sudah menghubungi mangsa bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung kejadian itu serta ciri-ciri suspek.

Katanya, penelitian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut dibuat bagi tujuan pengesanan.

“Kami merujuk kepada ciapan tular di media sosial mengenai satu kes gangguan seksual yang berlaku di dalam sebuah tren LRT Laluan Ampang/Sri Petaling.

“Kejadian dilaporkan berlaku pada 4 Mac 2024 sekitar jam 8.10 malam, melibatkan seorang penumpang lelaki melakukan gangguan seksual terhadap mangsa, ketika dalam perjalanan dari Stesen LRT Masjid Jamek menghala ke Sentul Timur.

“Tindakan susulan untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan pasukan polis bantuan Prasarana,” katanya.

Menurutnya, semua penumpang yang mengalami gangguan seksual, diseru agar melaporkan perkara itu kepada pihak Prasarana, agar tindakan segera dapat diambil.

“Pasukan polis bantuan Prasarana akan turut menambah bilangan anggota bagi menjalankan rondaan di dalam tren, selain memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang diberi keutamaan,” katanya.

Semalam, seorang individu mendedahkan pengalaman menakutkannya yang berdepan perlakuan tidak bermoral dan ganggual seksual daripada seorang lelaki berusia ketika berada dalam LRT, sehingga ia tular serta meraih perhatian pengguna media sosial.

Rata-rata mereka bukan sahaja jijik dengan tindakan pelaku yang dilihat sudah berumur dengan jambang turut berwarna putih, malah menyifatkannya sebagai tidak tahu malu.

Menerusi tulisan dan video berdurasi 24 saat dikongsikan mangsa di Twitter, dia yang juga dipercayai seorang lelaki, mendakwa pelaku itu yang duduk berhadapannya di dalam tren, melakukan aksi tidak senonoh dengan memegang alat sulit sendiri.

“Kemudian sebelum dia nak turun di Stesen Titiwangsa, dia ajak I keluar sekali, damn scary (sangat menakutkan) lah,” katanya menerusi keterangan mengenai video itu.

Dalam coretannya yang turut meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan pelaku, mangsa mendakwa, awalnya dia yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari stesen Masjid Jamek ke Stesen Sentul tidak menyedari tindakan lelaki terbabit kerana sedang leka mengakses telefon bimbit.

Bagaimanapun, dia mula terperasan tindakan suspek apabila individu terbabit berulang kali memegang bahagian sulit dengan menunjukkan perbuatan itu kepadanya.

Malah, lebih melampau dan biadap, apabila pelaku memintanya untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, netizen mengecam tindakan pelaku dengan berpendapat ia mengaib dan menakutkan.

Segelintir netizen pula bimbang kerana ia menggambarkan situasi tidak selamat yang turut dialami lelaki.

Ada netizen meminta mangsa membuat laporan terus kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak pengurusan LRT. – 6 Mac, 2024.

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

What if we die? Serdang Hospital heart patients see angiograms delayed one year

The hospital’s cardiology department is constantly at overcapacity, with resources pushed to the limits, and patients suffering

Related