‘Salted egg salmon skin’ viral guna logo halal tidak sah, disita

Satu tindakan kes telah diambil, dengan menyita kesemua produk dan barang plastik yang menggunakan logo halal tidak sah dan dokumen perniagaan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011

3:33 PM MYT

 

IPOH — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita produk makanan ringan yang menggunakan logo halal tidak sah, dalam satu serbuan di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Jelapang, semalam.

Operasi yang dilakukan jam 11 pagi itu hasil maklumat orang awam dan risikan sepasukan pegawai dan anggota KPDN, berhubung dakwaan memproses makanan disyaki menggunakan logo halal tidak sah.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata ketika pemeriksaan dilakukan, premis terbabit sedang memproses produk Salted Egg Salmon Skin.

“Ketika pemeriksaan, pengurus premis terbabit telah hadir dan hasil semakan yang dijalankan, sejumlah produk makanan ringan ini telah menggunakan tanda logo halal bagi tujuan perdagangan secara tidak sah.

“Selain itu juga pengurus premis turut gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakui pihak berkuasa apabila diminta dan kita telah menyita produk terbabit yang bernilai RM88,582.50,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata satu tindakan kes telah diambil, dengan menyita kesemua produk dan barang plastik yang menggunakan logo halal tidak sah dan dokumen perniagaan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

“Kesemua barangan disita mengikut Peraturan 8 (b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana melanggar Peraturan 4 (1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, akta sama.

“Bagi kesalahan individu, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan denda tidak melebihi RM250,000.

“Produk makanan ringan ini telah dijual secara dalam talian, serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pengguna dan kita nasihatkan para pengusaha supaya mematuhi perundangan, selain mendapatkan perakuan yang sah,” katanya.

Kamaluddin berkata pihaknya akan terus menjalankan operasi ke atas pihak yang didapati menggunakan logo halal pada produk makanan dan barangan tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada pihak berkuasa berwibawa. – 5 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related