Selangor belum bercadang warta kampung tradisi sebagai tapak warisan dunia

Namun kerajaan negeri terbuka jika terdapat permintaan dan keperluan mengenai cadangan itu pada masa akan datang

1:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Selangor belum bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan termasuk pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) buat masa ini.

Exco Kemajuan Desa, Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi dan Perpaduan Nasional negeri, Datuk Rizam Ismail berkata, walau bagaimanapun kerajaan negeri tidak menolak meneliti cadangan tersebut sekiranya terdapat keperluan untuk tujuan itu di masa akan datang.

“Pada masa depan kita (kerajaan negeri) terbuka sekiranya terdapat permintaan dan keperluan serta akan meneliti cadangan tersebut.

“Kita akan mendapatkan maklum balas daripada jabatan dan agensi berkaitan jika ada kampung tradisi yang dilihat layak dan sesuai untuk memohon pengiktirafan berkenaan,” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) berhubung pembangunan desa di Selangor.

Dalam pada itu Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar turut menjelaskan berkenaan pewartaan Kampung Baru Cina seperti yang dicadangkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming baru-baru ini.

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh mencadangkan mana-mana kawasan yang dirasakan bersesuaian sebagai tapak warisan, yang kemudiannya akan dinilai sendiri oleh Unesco.

“Sesiapa sahaja boleh memohon kepada Unesco, jadi soal penerimaan dan pelaksanaan itu akan dinilai oleh Unesco.

“Jadi bagi saya tidak salah untuk pemimpin memohon tempat yang dikira sesuai untuk dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Kor Ming berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka rancangan untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco, bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah penempatan perkampungan diasaskan sejak 76 tahun lalu itu.

Cadangannya itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak yang menyifatkan perkara itu tidak wajar kerana ia dianggap bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan berisiko merosakkan keharmonian dicapai Kerajaan Perpaduan. – 5 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related