‘Yang salah guna kuasa akan menghadap tuanku’: Wan Saiful mohon maaf, Zahid tarik balik usul

Yang Dipertua Dewan Rakyat minta semua ahli Yang Berhormat supaya bergerak ke depan, tutup kes tersebut

1:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini menarik balik kenyataan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin korup yang membawa maksud menyalahgunakan kuasa.

Malah beliau juga memohon maaf di atas kenyataan tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Anwar.

Beliau berkata, perkara itu disebutkannya dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada 28 Februari lalu iaitu satu perenggan berbunyi ‘korup’ yang bermaksud menyalahgunakan kuasa.

“Dan ada sedikit gangguan dan saya menyambung, ampun tuanku (Yang di-Pertuan Agong), orang itu, yang menyalahgunakan kuasa itu akan menghadap tuanku setiap minggu sebelum mesyuarat Kabinet. Ayat itu memang saya tujukan kepada YB (Yang Berhormat) Tambun (Anwar).

“Jadi seperti yang saya lakukan pada 28 Februari itu, saya ulang sekali lagi sebenarnya dalam dewan pada 29 hari bulan (Februari) apabila ditimbulkan oleh rakan saya, (Ahli Parlimen) Jelutong (RSN Rayer).

“Saya menarik balik ayat tersebut, saya menarik balik kenyataan saya dan saya juga memohon maaf di atas kenyataan itu,” katanya di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat hari ini sepatutnya mendengar usul untuk menggantung tugas Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu selama enam bulan kerana mendakwa Perdana Menteri sebagai seorang pemimpin yang menyalahguna kuasa.

Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dan Usul-Usul Dewan untuk 5 Mac 2024, usul itu dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas sesi soal jawab lisan.

Susulan permohonan maaf itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memberi maklum balas terhadap perkara tersebut.

Kata Zahid: “Yang Dipertua, saya mohon menarik balik usul di nombor satu dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini (menggantung tugas Ahli Parlimen Tasek Gelugor)”.

Susulan itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah bangkit mengingatkan seluruh wakil rakyat supaya mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku agar tidak mengulanginya pada masa akan datang.

Johari kemudiannya menegaskan supaya ia tidak lagi dipanjangkan dan menganggapnya sebagai satu episod yang sudah berlalu.

“Jadi sekali lagi saya meminta ahli Yang Berhormat lebih baiklah kita move ke depan, move forward, bincangkan masalah rakyat lebih penting. Akhirnya akan memberikan natijah lebih baik. Kita tutup kes ini dan kita move forward,” katanya.

Ketika itu Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berdiri mengingatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya ‘sesuatu perkara itu’ hendaklah ditegur pada masa itu juga yang kemudiannya ditegur pula oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Muktar Radin bahawa ia adalah usul kerajaan dan memintanya supaya duduk. – 5 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related