Hak klasifikasi kes sebagai NFA adalah kuasa AG, polis hanya jalankan siasatan: Razarudin

Beliau memberi contoh, kes Tan Sri Abdul Hadi Awang sepatutnya disiasat selama tujuh hari namun disebabkan presiden PAS itu tidak sihat ia mengambil masa

6:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hak untuk mengklasifikan sesuatu kes penting sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) adalah kuasa Peguam Negara (AG), bukan polis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis sebaliknya hanya menjalankan siasatan dan kemudian menghantarnya kepada AG.

Sambil memberi contoh kes Tan Sri Abdul Hadi Awang, jelasnya kes itu akan disiasat selama tujuh hari namun disebabkan presiden PAS itu tidak sihat, maka ia mengambil masa.

“Ada banyak kes, kebanyakan kes berkenaan sama ada 3R (agama, kaum dan institusi diraja) ini akan siapkan dalam masa tujuh hari.

“Kalau tak siap dalam tujuh hari, seperti dalam kes Hadi, sebab dia tak sihat maka esok kita akan ambil keterangan.

“Sebaik siap, kita akan terus kepada AG,’’ katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Polis Bandar Sultan Suleiman IPD Klang Utara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai beberapa kes melibatkan kes penting yang diklasifikasikan sebagai NFA.

Terdahulu, Razarudin pada satu majlis di Pulapol pagi tadi memaklumkan bahawa polis akan mengambil keterangan daripada presiden PAS itu petang esok, berhubung kenyataan pemimpin tersebut bertajuk “Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’ pada 20 Februari lalu.

Polis akan mengambil keterangan itu di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, pada 2.30 petang esok.

Minggu lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Presiden PAS itu pada 20 Februari lalu bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ yang ditujukan kepada alim ulamak, peguam, hakim, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan raja-raja Melayu.

Susulan itu, baginda berkenan mengutus sepucuk surat kepada Hadi menerusi Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Ab. Halim Tamuri. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related