‘Hot Daddy’, 2 teman wanita didakwa lagi jual video lucah

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes.

6:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan dua rakan wanitanya didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjual rakaman video lucah, dua bulan lalu.

Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini pada 11.54 malam, 15 Januari lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sheryn Yong Shi Yee menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, manakala ketiga-tiga tertuduh yang diwakili tiga peguam Mohd Faris Abrar Othman, Mohammed Hissham Ramdzan dan Nurul Aeir Muhammad Harvian Kamar memohon jaminan rendah.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Sesyen, Hasli Ikhwan dan Norhidayah turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memilik bahan lucah di pejabat D7 (Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) Bukit Aman pada 4 petang, 22 Januari lepas.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal manakala Hasil Ikhwan yang mempunyai tiga anak dan Norhidayah diwakili peguam sama.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April sebagai tarikh sebutan semula.

Pada 26 Januari lepas, Hasli Ikhwan, Norhidayah dan Norshazrina didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X. – 4 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

Related