Kenderaan Unifil ditahan, pasukan pengaman Malaysia di Lubnan selamat: Mohamed Khaled

Menurut laporan media Lubnan, kenderaan berperisai milik Unifil yang didakwa membawa anggota pengaman dari Malaysia dipercayai ditahan penduduk tempatan dan diserahkan kepada pejuang Hezbollah

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan anggota pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) dari Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Mohamed Khaled ketika dihubungi Bernama berkata demikian secara ringkas dan memaklumkan bahawa perincian lanjut akan dikeluarkan dalam kenyataan rasmi kemudian.

Menurut laporan media Lubnan, kenderaan berperisai milik Unifil yang didakwa membawa anggota pengaman dari Malaysia dipercayai ditahan penduduk tempatan dan diserahkan kepada pejuang Hezbollah di kawasan Hay al-Sellom di Dahiyeh, selatan Beirut, baru-baru ini.

Portal Defence Security Asia (DSA) yang memetik media Lubnan melaporkan bahawa kawasan berkenaan berada di luar kawasan operasi UNIFIL.

Portal berita berbahasa Arab, Lubnan Al-Modon pula mengeluarkan video memaparkan keadaan dalam kenderaan perisai Unifil itu yang antara lain menunjukkan di stereng kenderaan perisai terdapat perkataan “Cendana Auto” dan beberapa peralatan peribadi milik anggota pengaman.

Ketika berita ini disiarkan, Bernama masih lagi berusaha mendapatkan pengesahan daripada Markas Angkatan Bersama yang berperanan menyelaraskan keperluan operasi dan misi di bawah PBB. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related