Bantah potensi kerjasama Khazanah, KWSP dengan syarikat ‘pembunuh rakyat Palestin’

Wan Ahmad Fayshal mendakwa GIP milik penuh BlackRock yang mempunyai kaitan dengan Israel

12:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menarik perhatian sesi Dewan Rakyat hari ini apabila membangkitkan isu pembentukan konsortium antara Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Global Infrastructure Partners (GIP) bagi memiliki pegangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Beliau mendakwa, GIP adalah milik penuh syarikat pelaburan Amerika Syarikat (AS), BlackRock Inc. yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Malah katanya, BlackRock merupakan pemegang saham kepada semua syarikat pembekal senjata yang membunuh rakyat Palestin di Gaza.

“Konsortium itu difahamkan bertujuan memudahkan pemilikan saham pengendali lapangan terbang MAHB.

“GIP dimiliki sepenuhnya oleh BlackRock, yang merupakan pengurus dana terbesar di dunia dan memiliki saham dalam (pengeluar peralatan ketenteraan) Raytheon dan (syarikat keselamatan dan aeroangkasa global) Lockheed Martin.

“Ini adalah syarikat yang telah membekalkan senjata yang digunakan untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza,” katanya.

Beliau juga menggesa Wisma Putra dan penyokong kerajaan untuk memberi jaminan akan membantah potensi kerjasama antara Khazanah, KWSP dan GIP.

“Apa gunanya bercakap (mengenai isu pro-Palestin) di (prosiding) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu jika kita bekerjasama dengan mereka yang telah membunuh rakyat Palestin? Saya yakin Menteri Kewangan mampu bertindak lebih bijak daripada ini,” katanya.

Terdahulu beliau mengutarakan soalan tambahan mengenai perancangan dan tindakan lanjut kerajaan dalam isu kemelut kemanusiaan di Palestin di mana kekejaman dan penderitaan terus memuncak.

Menjawab mengenai soalan itu, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, pihaknya belum mendapat maklumat rasmi berhubung perkara berkenaan.

Namun katanya, pihak kementerian akan mengambil tindakan berdasarkan tindakan yang perlu berdasarkan bidang kuasanya.


“Isu dibangkitkan ini kalau ada maklumat rasmi tentang itu, kita akan bagi pandangan di peringkat wilayah kementerian kita,” katanya.


Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang), Mohamad berkata, Malaysia akan mengambil peluang menyuarakan pandangan di platform-platform antarabangsa termasuk memberi pandangan supaya rejim Zionis dikenakan tindakan tegas.

Ini katanya, termasuk menggantung keahlian Israel di mana-mana pertubuhan antarabangsa yang dianggotai rejim berkenaan.

“Kita juga akan mengambil bahagian apa yang difailkan Afrika Selatan supaya Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengambil tindakan tegas terhadap Israel,” katanya. – 4 Mac, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related