Isu kemanusiaan di Palestin, scammer dan dasar naturalisasi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Selepas sesi soal jawab lisan, persidangan akan diteruskan dengan menyambung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang bermula minggu lepas

9:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Persidangan Dewan Rakyat hari ini antara lain akan memberi tumpuan kepada isu kemanusiaan di Palestin, jenayah scammer dan dasar naturalisasi dalam sukan bola sepak.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat melalui laman rasmi Parlimen, pada sesi soal jawab Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) akan menyoal Menteri Luar Negeri mengenai perancangan dan tindakan lanjut kerajaan dalam isu kemelut kemanusiaan di Palestin susulan kekejaman rejim Zionis serta penderitaan rakyat Palestin yang kian memuncak.

Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) pula akan bertanya kepada Perdana Menteri mengenai jumlah kerugian akibat jenayah scammer dari tahun 2020 hingga 2023 dan tindakan pihak kerajaan untuk membanteras jenayah itu secara menyeluruh.

Isu dasar naturalisasi akan dibangkitkan oleh Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) kepada Menteri Belia dan Sukan.

Puah ingin tahu jumlah pemain yang diberi kewarganegaraan bagi mewakili negara dalam Piala Asia baru-baru ini dan usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memajukan sukan itu serta sama ada dasar naturalisasi akan diteruskan pada masa akan datang.

Selepas sesi soal jawab lisan, persidangan akan diteruskan dengan menyambung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang bermula minggu lepas.

Berdasarkan takwim dalam laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung 19 hari dengan perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-ahli Parlimen dari 27 Februari hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Pembentangan serta perbahasan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain akan diadakan pada 18 hingga 27 Mac. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related