Peningkatan dividen bukti prestasi pelaburan cemerlang, berdaya tahan KWSP: MTUC

Kesatuan itu merakam penghargaan terima kasih dan tahniah kepada pengurusan KWSP yang sentiasa memastikan peningkatan dividen setiap tahun

5:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peningkatan dividen simpanan konvensional dan syariah diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2023 berbanding tahun lalu, menunjukkan prestasi pelaburan cemerlang dan berdaya tahan institusi itu dalam menghadapi cabaran ekonomi global.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pihaknya percaya peningkatan dividen syariah KWSP kali ini, akan menarik lebih ramai pencarum untuk memilih simpanan jenis itu pada masa depan.

Katanya, dengan berita baik mengenai kestabilan dividen diumumkan KWSP itu juga, ia memberikan keyakinan kepada pekerja mengenai prestasi pelaburan mereka dalam simpanan institusi berkenaan di kemudian hari, selain memberi petunjuk pertumbuhan ekonomi yang semakin stabil dan meningkat.

“Kami percaya dengan adanya pertumbuhan ekonomi stabil akan meningkatkan lagi peluang pekerja, secara tidak langsung akan menambah jumlah ahli pencarum KWSP.

“Dapat kita lihat sumbangan caruman pada 2023 meningkat manakala pengeluaran ke tahap prapandemik,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, komitmen KWSP untuk mempertahankan dividen kukuh, memberikan kepastian kepada pekerja mengenai pertumbuhan simpanan mereka dalam jangka panjang, terutama simpanan hari tua, khususnya bagi memastikan setiap pencarum mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya sekitar RM240,000 apabila bersara.

“Kesedaran pencarum juga perlu bagi mengekalkan tahun tambahan dalam pengumpulan simpanan dan pekerjaan yang produktif, dengan ia akan meningkatkan simpanan untuk membolehkan pendapatan lebih tinggi semasa persaraan nanti,” katanya.

Effendy berkata, bagi pihak pekerja, MTUC ingin merakam penghargaan terima kasih dan tahniah kepada pengurusan KWSP yang sentiasa memastikan peningkatan dividen setiap tahun.

Ujarnya, ia dilaksanakan KWSP menerusi pemilikan skala ekonomi yang lebih mampan dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM1.1 trilion, menjadikan institusi berkenaan kekal sebagai pelabur terbesar di pasaran domestik.

KWSP hari ini mengumumkan dividen sebanyak 5.50 peratus bagi simpanan konvensional dan 5.40 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun 2023.

Ia membabitkan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM57.81 bilion untuk 2023.

Kadar itu adalah lebih tinggi berbanding 2022 yang menunjukkan dividen bagi simpanan konvensional 5.35 peratus, manakala 4.75 peratus untuk bagi simpanan syariah.

Dividen itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru dilantik, Ahmad Zulqarnain Onn pada taklimat prestasi kewangan KWSP.

Menurutnya, KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM66.99 bilion untuk tahun berakhir 31 Disember 2023, meningkat 33 peratus berbanding RM36.04 bilion pada 2022. – 3 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related