Pendaftaran ahli baharu KWSP meningkat, bukti pengukuhan pasaran buruh Malaysia

Sehingga Disember 2023, pendaftaran ahli baharu KWSP meningkat kepada 460,447, menjadikan jumlah ahlinya seramai 16.07 juta

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Prestasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2023 menunjukkan pertumbuhan positif dalam pendaftaran ahli selaras dengan pengukuhan berterusan pasaran buruh Malaysia.

Sehingga Disember 2023, pendaftaran ahli baharu KWSP meningkat kepada 460,447, menjadikan jumlah ahlinya seramai 16.07 juta.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8.52 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50% daripada 17.03 juta tenaga buruh Malaysia pada akhir 2023.

Pangkalan ahli aktif KWSP kekal konsisten pada 53%:47% daripada nisbah ahli aktif kepada tidak aktif pada Disember 2023, yang diperoleh daripada nisbah ahli aktif sebanyak 8.52 juta berbanding jumlah ahli pada 16.07 juta.

Peningkatan positif dalam jumlah ahli aktif KWSP berbanding jumlah tenaga buruh Malaysia adalah hasil daripada inisiatif pelebaran liputan KWSP.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri berkata, dengan memperluaskan liputan KWSP, ia memastikan lebih ramai individu mempunyai akses kepada perlindungan sosial yang sewajarnya dan jaminan pendapatan masa depan, sekali gus memupuk keterangkuman kewangan dan daya tahan yang lebih baik dalam kalangan masyarakat.

“Usaha berterusan KWSP dalam memperluaskan liputan KWSP juga dapat dilihat melalui pertumbuhan memberangsangkan program i-Saraan, yang membolehkan pekerja di sektor tidak formal atau yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyimpan dengan KWSP demi masa depan persaraan mereka.

“Pada 2023, bilangan peserta i-Saraan mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 31% kepada 382,983 daripada 291,743 pada 2022,” katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan, jumlah caruman diterima sepanjang 2023 meningkat kepada RM97.56 bilion, naik sebanyak 15% daripada 2022.

Katanya, kenaikan ini mencerminkan peningkatan dalam kapasiti kewangan ahli berikutan pemulihan pendapatan, pekerjaan dan ekonomi yang progresif.

“Ia juga mencerminkan tahap kepercayaan ahli yang berterusan terhadap KWSP untuk melindungi simpanan mereka.

“Pendaftaran majikan baharu dicatatkan pada 82,005 pada akhir 2023, menjadikan jumlah majikan yang berdaftar dengan KWSP kepada 606,187,” katanya.
Terdahulu, KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.50 peratus bagi simpanan konvensional dan 5.40 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun 2023.

Ia membabitkan keseluruhan jumlah agihan pendapatan untuk tahun 2023 sebanyak RM57.81 bilion.

Angka itu lebih tinggi berbanding 2022, yang mana dividen bagi simpanan konvensional sebanyak 5.35 peratus manakala 4.75 peratus bagi simpanan syariah. – 3 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Leaders bicker while Indians suffer, Santiago slams fellow politicians

Veteran DAP man says angry politicians uncaring for the plight of Indians are the reason why some problems remain unresolved over decades

Related