6 Ahli Parlimen Bersatu hanya kosongkan kerusi jika diarah Speaker Dewan Rakyat

Syed Abu Hussin berkata, Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Bersatu memerlukan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) terlebih dahulu sebelum boleh dikuatkuasakan

1:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Enam Ahli Parlimen Bersatu menegaskan mereka hanya akan mengosongkan kerusi disandang sekiranya diarahkan oleh Speaker Dewan Rakyat atau melalui perintah mahkamah.

Bercakap kepada Scoop, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, isu terbabit akan memakan masa yang panjang berikutan Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Bersatu baharu dibuat selain memerlukan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“Setakat ini kita tidak tahu apa tindakan selanjut parti, sama ada mereka akan tulis surat menyatakan saya dan Ahli Parlimen yang lain itu salah.

“Kalau saya dan yang lain tidak mengaku salah kena bawa kes ke mahkamah, semuanya akan diputuskan di mahkamah.

“Kalau lepas keputusan mahkamah, kena bawa kepada Speaker Dewan Rakyat. (Jadi) Bila diputuskan barulah kekosongan itu berlaku,” katanya.

Pindaan Perkara 10 Perlembagaan Bersatu yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Khas semalam menyatakan keahlian mana-mana wakil rakyatnya akan terlucut serta-merta jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Bersatu akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengesahkan sama ada mereka kekal dengan keputusan tersebut.

Beliau berkata, jika mereka kekal menyokong Perdana Menteri, selaras dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, Akta Anti Lompat Parti akan berkuat kuasa, yang mana kerusi Parlimen berkenaan akan dikosongkan.

Selain Syed Abu Hussin, Ahli Parlimen lain ialah Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Dalam pada itu, Syed Abu Hussin berkata, Ahli Parlimen Bersatu lain yang mahu menyokong Perdana Menteri, tidak perlu takut untuk berbuat demikian biarpun perlembagaan parti dipinda.

“Kalau nak sokong tidak ada masalah, mereka boleh sokong, perlembagaan ini baru dipinda. RoS pun belum buat keputusan, kalau nak sokong masih boleh sokong, ini memakan masa yang panjang.

“(Mereka) tak perlu takut, ini ugutan oleh parti, kita bukan nak jaga kerusi, kita nak jaga rakyat… jaga prinsip kita.

“Kita berjuang untuk rakyat, membantu rakyat. Membantu negara itu tujuan pemimpin, bukan (jadi) pemimpin yang dicucuk hidung,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi menegaskan beliau sedia mencabar keputusan pindaan perlembagaan Bersatu itu sekiranya ia diluluskan RoS.

“Sekiranya ia diluluskan oleh RoS, saya sendiri akan mencabar perkara itu di mahkamah,” katanya.

Beliau turut menegaskan akan kekal menyokong kerajaan dipimpin Anwar.

“Apa pun pendirian saya tetap sama… akan terus menyokong kepemimpinan Anwar.

“Saya hanya sokong, bukannya saya lompat parti dan apa yang saya lakukan demi pengundi saya di Gua Musang,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Labuan turut senada dengan Syed Abu Hussin yang mana beliau hanya akan mengosongkan kerusi disandangnya itu sekiranya diarahkan oleh Speaker Dewan Rakyat.

Suhaili berkata, keputusan pindaan semalam hanya membabitkan perlembagaan parti dan bukannya Perlembagaan negara.

“Perlembagaan parti tidak boleh melangkaui Perlembagaan negara… jadi keputusan muktamad dalam soal mengumumkan kekosongan kerusi masih di bawah kuasa Speaker (Dewan Rakyat), bukannya presiden parti,” katanya. – 3 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Related