Suruhanjaya Pekerja Gig lindungi lebih 1 juta pekerja gig terutama anak muda: PM

Langkah ini perlu kerana semakin ramai anak muda bumiputera melibatkan diri dalam pekerjaan gig

4:59 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Pekerja Gig bagi melindungi hak pekerja gig yang kini sudah mencecah 1.12 juta orang terutama dalam kalangan anak muda, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, keutamaan suruhanjaya itu adalah untuk memberikan keperluan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya.

“Langkah ini adalah perlu dengan mengambil kira semakin ramai dalam kalangan belia bumiputera yang melibatkan diri dalam pekerjaan gig.

“Namun sebagai pekerja tidak formal, mereka tidak mempunyai perlindungan perundangan pekerjaan serta sistem perlindungan sosial,” katanya ketika berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Selain itu Perdana Menteri berkata, kerajaan dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) serta badan-badan swasta terpilih memberi komitmen untuk melatih seramai 100,000 pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata, ini termasuk menyediakan tawaran pekerjaan dengan sasaran gaji sekurang-kurangnya RM3,500 sebulan.

Kerajaan dengan kerjasama GLC, GLIC serta badan-badan swasta terpilih komited untuk melatih 100,000 pelatih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam tempoh lima tahun. – Azim Rahman/Scoop, 2 Mac 2024

“GLC dan GLIC serta syarikat swasta, termasuk yang dimiliki kaum Cina dan India akan turut sama terlibat.

“Dalam jangka pendek, kita mahu sumbangan dan penyertaan syarikat ini termasuk syarikat di bawah Gabungan Dewan Perniagaan Cina dan India, turut melatih 100,000 pelatih TVET yang majoriti bumiputera bersama Cina dan India.

“Kita anggap ini permulaan kecil yang harus diperluaskan. Anak-anak dari keluarga Felda harus diberi peluang dan keadilan dan jangan dibiarkan tersisih dan terpinggir,” katanya.

Beliau berkata, syarikat yang terlibat termasuklah Petronas (industri minyak dan gas), Sime Darby (perladangan), MRCB (pembinaan), Tenaga Nasional Bhd (TNB) (tenaga boleh baharu) dan Telekom Malaysia (digital).

“Hanya melalui bekalan latihan yang cukup serta pekerjaan dengan gaji bermakna yang dapat mengubah nasib hidup golongan bumiputera di Malaysia termasuk mereka yang berada di desa daripada kalangan keluarga peneroka Felda dan anak-anak nelayan.

“Maka, saya seru semua pihak untuk merangkul seluruh kekuatan dan tenaga, bagi kita mencapai sasaran untuk melatih serta menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji setimpal kepada 100,000 pelatih,” katanya. – 2 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related