Harga tiket funikular Bukit Bendera naik bermula 1 Mei

Tiket dua hala dewasa kini naik kepada RM16 berbanding RM12, manakala harga baharu tiket kanak-kanak dan warga emas ialah RM8 berbanding RM6

10:00 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) hari ini mengumumkan kadar harga baharu tiket perkhidmatan funikular Bukit Bendera yang akan berkuat kuasa 1 Mei ini.

PBBPP dalam kenyataan memaklumkan kenaikan itu berikutan kos operasi dan penyelenggaraan yang sentiasa meningkat bagi perkhidmatan serta infrastruktur.

Beliau berkata, hal itu tidak dapat dielakkan dan PBBPP perlu menyemak semula harga tiket dari semasa ke semasa dengan semakan harga tiket terakhir dibuat pada 2019.

Kadar baharu harga tiket perkhidmatan funikular Bukit Bendera, Pulau Pinang bermula 1 Mei ini. – Gambar PBBPP, 1 Mac, 2024

“Kadar harga baharu, tiket dua hala laluan biasa untuk pemegang MyKad, MyKid dan pemegang kad yang sah iaitu Malaysia My Second Home (MM2H), permit kerja, pasangan warganegara Malaysia dan lain-lain iaitu berharga RM16 untuk dewasa berbanding RM12 sekarang ini manakala tiket sehala RM8 berbanding RM6.

“Harga baharu tiket bagi kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas ialah RM8 berbanding RM6 manakala sehala pula RM4,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan tiket Sunrise untuk pemegang MyKad dan MyKid yang boleh didapati pada musim luar puncak ialah RM5, berbanding RM3 ketika ini manakala orang kurang upaya kekal percuma.

“PBBPP tidak berkompromi berkenaan aspek keselamatan dalam pengurusan dan operasi sistem funikular serta prasarana Bukit Bendera untuk keselesaan dan keselamatan pengunjung,” menurut kenyataan itu. – 1 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related