Selangor giat tanam jagung bijirin untuk makanan ayam, elak kebergantungan import

Tanaman itu juga mempunyai potensi besar kepada negeri, termasuk menjimatkan kewangan dan menggalakkan sektor pertanian

12:27 PM MYT

 

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor enggan bergantung kepada pengimportan jagung bijirin dari negara luar untuk bekalan makanan ayam secara berterusan, sebaliknya memilih mengusahakan sendiri penanaman itu secara meluas di peringkat tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertaniannya, Izham Hashim berkata, penanaman secara dalaman itu memberi banyak pulangan baik terhadap Selangor, antaranya menguntungkan kewangan kerajaan negeri.

Katanya, pilihan itu juga mampu mengurangkan kebergantungan terhadap pembekal luar dan menggalakkan bidang pertanian berkaitan penanaman jagung bijirin.

Beliau berkata, keputusan kerajaan negeri itu juga dapat menarik lebih ramai rakyat tempatan, terutama golongan muda menceburi bidang berkenaan.

Menurutnya, usaha itu juga selaras galakkan diberikan kerajaan negeri dan Persekutuan untuk negara menguragkan kebergantungan terhadap jagung bijirin dari luar.

“Sebenarnya keperluan jagung bijirin ini untuk makanan ayam dan ternakan ruminan adalah dalam empat juta tan setahun, (memang) sangat banyak. Kita mengimport lebih dari RM3 bilion nilainya. Sekarang ini di peringkat tempatan di seluruh negara, kita hanya mampu mengeluarkan bekalan jagung bijirin ini sekitar tiga peratus sahaja daripada keperluan sepenuhnya.

“Tetapi, saya yakin dan percaya tanaman ini adalah satu tanaman yang berpotensi besar (diusahakan) sendiri kerana ayam ini saya yakin berteruaan keperluan ayam ini, meningkat bukan berkurang.

“Jadi sudah pasti makanannya menjadi penting, malah jagung ini untuk pengetahuan semua, 65 peratus (campuran) dalam makanan ayam adalah jagung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Negeri Selangor bagi menjawab persoalan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Datuk Seri Jamil Salleh.

Jamil bertanya sama ada kerajaan mempunyai sebarang usaha bagi membuka seluasnya permit untuk pengimportan jagung bijirin supaya harganya dapat bersaing dengan lebih baik, memandangkan isu penanaman jenis tumbuhan itu akan berterusan ekoran permintaan semasa.

Izham berkata, sektor pertanian itu juga perlu terus digalakkan susulan bukti dilihat apabila pada pusingan pertama dituai Januari lalu, ia (jagung bijirin) menawarkan kos tempatan lebih murah, iaitu RM900 satu tan, berbanding kira-kira RM1,200 apabila diimport untuk berat sama.

“Saya yakin pada pusingan kedua, pusingan ketiga ia akan turun lagi kepada RM600 satu tan, sedangkan harga yang kita import sekarang ini RM1,200, itu dah kira rendah, biasanya boleh naik RM1,500, RM1,800 satu tan.

“Memang menguntungkan dan boleh diusahakan dalan negara untuk mengurangkan pergantungan daripada luar,” katanya. – 1 Mac, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related