Raja Harald V terus pulih, usaha diambil untuk bawa pulang baginda: Istana Norway

Istana Diraja Norway menyatakan bahawa Baginda yang sedang menjalani rawatan di Langkawi akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Istana Diraja Norway mengumumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk membawa pulang Raja Harald V ke Norway dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya www.royalcourt.no pada awal Jumaat (waktu Malaysia), istana itu menyatakan bahawa Baginda yang sedang menjalani rawatan di Langkawi, Malaysia, akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi.

Ia juga menyatakan bahawa baginda menerima perhatian baik di hospital itu dan doktor peribadi baginda juga melaporkan bahawa keadaan kesihatan Baginda semakin baik.

“Matlamatnya adalah agar Baginda dapat pulang ke Norway dengan pesawat dalam tempoh beberapa hari ini. Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan, dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang baginda ke Norway,” kata kenyataan itu.

Bernama sebelum ini melaporkan bahawa Raja Harald V sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi selepas jatuh sakit semasa bercuti di Malaysia. – 1 Mac, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related