Malaysia boleh raih manfaat daripada pengalaman 5G Telenor di sektor maritim: Fahmi

Telenor Maritime menawarkan rangkaian berkelajuan tinggi dalam rangkaian tertutup dan selamat kepada Massterly, syarikat pertama di dunia yang mengendalikan kapal autonomi di laut

9:44 PM MYT

 


OSLO – Kemajuan teknologi 5G dalam operasi maritim Norway yang sediakan oleh Telenor Maritime boleh memberikan manfaat kepada industri perkapalan Malaysia, terutamanya sektor minyak dan gas serta logistik, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Pada Khamis, beliau melawat pusat operasi jarak jauh (ROC) canggih di Horten Harbour, dekat sini, yang menyaksikan Telenor Maritime mempamerkan kapal autonomi dan bagaimana pautan komunikasi berbeza, termasuk sistem persendirian 5G, menghubungkan kapal itu kepada ROC. 

Telenor Maritime menawarkan rangkaian berkelajuan tinggi dalam rangkaian tertutup dan selamat kepada Massterly, syarikat pertama di dunia yang mengendalikan kapal autonomi di laut.

Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia.

“Sebahagian penggunaan pintar teknologi, yang dapat saya perhatikan, mungkin sebahagiannya digunakan di Malaysia…mungkin terdapat beberapa aspek kawal selia yang juga perlu kita berikan tumpuan, dan mungkin juga beberapa kes gunaan berpotensi.

“Memandangkan kita belum melancarkan sepenuhnya rangkaian persendirian 5G di Malaysia, saya berpandangan bahawa terdapat banyak potensi, dan dalam jangka panjang, ia akan memberikan manfaat kepada Malaysia,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Fahmi ketika ini dalam lawatan kerja dua hari ke Norway untuk menghadiri ‘Perbincangan Meja Bulat Komunikasi Generasi Seterusnya’ anjuran Telenor Group bermula 29 Feb hingga 1 Mac 2024.

Naib Presiden Kanan merangkap Timbalan Ketua bagi Asia Telenor Group, Håkon Bruaset Kjøl berkata Malaysia mempunyai banyak pengalaman dengan industri kukuh yang boleh menggunakan perkongsian sedemikian agar berjaya dalam memanfaatkan sepenuhnya 5G.

Beliau berkata bagi merealisasikannya, kerjasama dalam kalangan keseluruhan ekosistem amat diperlukan.

“Rangkaian 5G tidak semestinya adalah rangkaian pengguna sahaja, memandangkan kemungkinan besar ia adalah Internet industri dan kes gunaan daripada 5G yang akan membantu perniagaan.

“Ia bukan sahaja akan mengoptimumkan operasinya sendiri, tetapi harus diterapkan dalam penyelesaian yang disediakan kepada perniagaan lain untuk memastikannya berlaku… adalah penting untuk mengajak semua rakan kongsi untuk turut serta,” katanya. – 29 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related