Malaysia-China sedang runding cadangan perjanjian penggalakan pelaburan asing dua hala: Tengku Zafrul

Perkembangan itu menunjukkan peralihan tumpuan syarikat China ke arah Malaysia berikutan lokasi strategik negara dengan persekitaran perniagaan yang kondusif

6:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan sebuah institusi China yang ‘penting’ sedang dalam perbincangan lanjut mengenai perjanjian penggalakan pelaburan asing dua hala, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata kedua-dua pihak menyasar untuk memeterai perjanjian kerjasama yang menumpukan kepada pengukuhan penggalakan pelaburan bagi merangsang aliran pelaburan, menggalakkan firma China meneroka peluang di Malaysia selain memudahkan syarikat Malaysia berkembang ke China.

Menurutnya perkembangan itu menunjukkan peralihan tumpuan syarikat China ke arah Malaysia berikutan lokasi strategik negara dengan persekitaran perniagaan yang kondusif.

“Perkongsian berpotensi ini disasarkan untuk merangsang pelaburan dalam sektor bernilai tinggi, dipilih dengan teliti untuk mencerminkan keutamaan strategik kedua-dua negara, sekali gus dapat mengukuhkan hubungan ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis pengumuman prestasi tahunan pelaburan Malaysia dalam pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama bagi 2023, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sektor bernilai tinggi adalah kunci untuk menyokong penciptaan pekerjaan bernilai tinggi yang dapat membantu Malaysia memulihkan kumpulan kelas pertengahan yang terkesan teruk semasa pandemik.

Menurutnya, lima industri teratas yang mencipta jumlah pekerjaan Pengurusan, Teknikal dan Penyeliaan (MTS) tertinggi ialah elektrik dan elektronik (E&E), mesin dan peralatan, mineral bukan logam, logam fabrikasi dan bahan kimia yang mencatatkan 71 peratus atau 21,583 pekerjaan daripada jumlah keseluruhan.

Pada 2023, lebih 30,000 pekerjaan diwujudkan dalam kategori MTS, yang mana 91.7 peratus daripadanya adalah rakyat Malaysia.

“Industri E&E Malaysia dijangka menjadi kuasa besar berikutan peningkatan permintaan domestik dan serantau, didorong oleh pertumbuhan industri seperti kenderaan elektrik (EV), tenaga boleh baharu, aeroangkasa dan ekonomi digital.

“Semua ini secara kolektif akan meningkatkan daya saing eksport Malaysia, sambil menyediakan pekerjaan mahir dengan bayaran tinggi untuk rakyat kita,” katanya. – 29 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related