PAC bimbang projek pembinaan LCS lewat 86 hari

Kementerian Pertahanan memaklumkan projek itu ditangguhkan selama 86 hari dan mencapai 67.28% berbanding 68.77% di bawah jadual waktu baharu kementerian

4:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melahirkan kebimbangannya mengenai kelewatan berterusan membabitkan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) selama 86 hari, setakat Disember 2023.

Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara itu dimaklumkan menerusi laporan perkembangan pembinaan aset berkenaan yang dikemuka Kementerian Pertahanan (Mindef).

Katanya, kelewatan itu mencapai perkembangan 67.28%, berbanding 68.77% yang ditetapkan kementerian berkenaan melalui Jadual Garis Masa Baharu.

“PAC mengadakan prosiding tindakan susulan Mindef pada 24 Januari lalu dan saksi yang hadir adalah Ketua Setiausaha Mindef, Datuk Seri Isham Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard (BNS), Kapten (B) Ir Azhar Jumaat.

“Dalam prosiding tindakan susulan, PAC dimaklumkan bahawa isu ‘detailed design’ masih gagal dimuktamadkan kementerian dengan pihak Naval Group Perancis,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian berhubung pembentangkan Laporan PAC Parlimen Tindakan Susulan Mindef Bagi Syor-Syor Laporan PAC Parlimen Berhubung Kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua LCS Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk Tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 dan Jun hingga September 2023.

Menurutnya, laporan itu bagi memaklumkan tindakan susulan diambil Mindef terhadap syor PAC dalam dua laporan jawatankuasa terbabit berkaitan LCS.

Pertama, katanya, seperti dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober 2023, manakala satu lagi 14 November tahun sama.

“Dalam setiap tindakan susulan terhadap syor laporan PAC, jawatankuasa ini turut memberikan ulasan kepada tindakan susulan berkenaan.

“Bagi Laporan PAC DR 6/2023, terdapat enam syor PAC, manakala laporan PAC DR 13/2023 terdapat lima syor jawatankuasa ini,” katanya.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyuarakan kebimbangan mengenai kelewatan berterusan membabitkan projek pembinaan kapal tempur pesisir selama 86 hari, setakat Disember 2023. – Riduan Ahman/Scoop, 29 Februari, 2024

Mas Ermieyati berkata, PAC memaklumkan bahawa dengan pengambilalihan BNS oleh Ocean Sunshine Bhd milik Menteri Kewangan Diperbadankan pada 18 Ogos tahun lalu, kontraktor BNS sebelum ini milik Boustead Heacvy Industries Corporation Bhd, ditukar nama menjadi Lumut Naval Shipyard (LUNAS).

“Orang ramai boleh membaca setiap tindakan susulan dan ulasan PAC dengan melayari laman web PAC di laman sesawang www.parlimen.gov.my/pac,” katanya.

Terdahulu, pembinaan LCS mencetuskan kontroversi apabila PAC pada 7 Ogos 2022 mendedahkan, tiada seunit pun pengangkutan laut itu disiapkan walaupun kerajaan sudah membelanjakan RM6.083 bilion menerusi BNS.

Pengerusi PAC ketika itu, Wong Kah Woh berkata, terdapat elemen kelemahan dan penyelewengan dalam projek itu dan PAC mendapati, BNS tidak menggunakan sepenuhnya bayaran daripada kerajaan untuk projek berkenaan, selain pihaknya menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek berkenaan.

Mengulas mengenai isu terbabit, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini dilaporkan berkata, sebarang kelewatan dalam pembinaan LCS dimiliki TLDM berkenaan, tidak boleh diterima.

Justeru, Khaled menyambut baik gesaan PAC supaya kontraktor pembinaan LCS serta pasukan projek mengambil langkah proaktif mengatasi masalah berkaitan kelewatan itu.

Manakala, PAC mengusulkan lima syor untuk penambahbaikan projek itu, termasuk meminta Mindef membentangkan laporan kemajuan LCS setiap tiga bulan kepada jawatankuasa berkenaan, sehingga projek itu disempurnakan. – 29 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related