Lelaki tolak teman wanita dari tingkat 23 diberkas

Suspek berumur 37 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu, mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah

9:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis memberkas seorang lelaki yang disyaki menolak teman wanitanya dari balkoni di tingkat 23 sehingga wanita itu meninggal dunia serta-merta dalam kejadian di sebuah kondominium di Setia Alam, Shah Alam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berumur 37 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu, mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek juga positif dadah jenis kanabis.

“Pada 28 Februari jam 10.10 minit malam, tangkapan dibuat ke atas suspek kes ini di tempat kejadian.

“Suspek direman pada 29 Februari pada jam 9 pagi di Mahkamah Shah Alam,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada kira-kira jam 10.02 minit malam daripada seorang lelaki yang memaklumkannya.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa adalah seorang perempuan warganegara asing berumur 32 tahun dan tidak bekerja.

“Mangsa dan suspek adalah pasangan kekasih di dalam kes ini,” katanya.

Iqbal berkata, menurut saksi semasa kejadian terdengar pergaduhan di antara mangsa dan suspek, sebelum lelaki terbabit menolak kekasihnya dari tingkat 23 yang jatuh ke tingkat 7 kondominium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, menurut saksi semasa kejadian terdengar pergaduhan di antara mangsa dan suspek, sebelum lelaki terbabit menolak kekasihnya dari tingkat 23 hingga jatuh ke tingkat 7. – Gambar Bernama, 29 Februari, 2024

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun. Jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Muhammad Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025.

Terdahulu, tular mengenai insiden pergaduhan dua individu itu yang berakhir tragedi apabila seorang wanita ditolak seorang lelaki dari balkoni sebuah pangsapuri.

Menerusi rakaman video awal berdurasi 24 saat dikongsikan pengguna media sosial yang dipercayai penduduk di kawasan sama, kedengaran suara lelaki terbabit sedang mengamuk.

Kemudian, video kedua memaparkan pemandangan di tepi balkoni, dengan kedengaran suara seorang wanita menjerit seperti ketakutan.

Wanita itu juga kedengaran seolah-olah merayu supaya dia tidak terus dikasari.

Beberapa saat kemudian, terlibat kelibat wanita itu jatuh sambil menjerit daripada balkoni berkenaan sebelum bunyi tubuhnya ‘menghentam’ lantai bersebelahan kolam renang.

Menurut keterangan di status video itu, wanita terbabit didakwa meninggal dunia serta-merta.

“Kes bunuh, gaduh pasangan, kena tolak oleh boyfriend (teman lelaki), girlfriend (teman wanita mati serta-merta),” menurut keterangan itu. – 29 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related