Starlink dicadang untuk buka pejabat di Malaysia: Fahmi

Fahmi Fadzil turut mencadangkan supaya produk Starlink yang mula dibuka untuk pembelian di pasaran Malaysia sejak Julai tahun lepas diperbanyakkan dalam negara

8:48 PM MYT

 

BARCELONA – Kementerian Komunikasi telah menyuarakan cadangan kepada perkhidmatan internet satelit oleh SpaceX, Starlink supaya membuka pejabatnya di Malaysia bagi memudahkan urusan pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka di dalam negara.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu disampaikan dalam pertemuan dengan Pengarah Perlesenan Global dan Pengaktifan Pasaran Starlink Rebecca Hunter di Pavilion Malaysia pada Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024).

“Ada juga aspek lebih menarik yang sekarang ini mula dibincangkan dalam banyak lawatan saya ke reruai di sini… ramai yang bercakap tentang direct-to-cell, dari satelit ke telefon bimbit. 

“Jadi ini antara beberapa perkara kita bincang juga dengan Starlink, adakah Starlink sedia berbincang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan direct-to-cell,” katanya kepada Bernama dan RTM, di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum berlepas ke Oslo, Norway, bagi mengetuai delegasi Malaysia menghadiri sesi ‘Next Generation Communications Roundtable’ anjuran syarikat telekomunikasi Norway, Telenor.

MWC2024 yang bermula Isnin lepas menyaksikan 24 MoU ditandatangani melibatkan syarikat telekomunikasi dan agensi Malaysia, selain Malaysia dianugerahkan Skor Ketekalan 5G Global Terbaik oleh Ookla, peneraju global dalam pemantauan rangkaian dan cerapan kesalinghubungan.

Ia merupakan perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa  Groupe Speciale Mobile Association (GSMA), dengan Barcelona dipilih sebagai tuan rumah penganjuran kongres yang mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.

Selain itu, Fahmi berkata beliau turut mencadangkan supaya produk Starlink yang mula dibuka untuk pembelian di pasaran Malaysia sejak Julai tahun lepas diperbanyakkan dalam negara.

“Kita juga lihat ada keperluan untuk teliti penggunaan Starlink yang bersifat boleh bergerak, atau mobile, sekarang ini unit-unit Starlink (yang dijual) perlu diletakkan sama ada di bumbung rumah,” katanya. – 28 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related