Suami isteri bancuh susu bayi guna air syabu didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen pada jam 9 pagi

8:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suami isteri yang ditahan selepas dikatakan tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air syabu di sebuah flat dekat Taman Medan, Petaling Jaya pada 19 Februari lalu, akan didakwa di mahkamah pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail menerusi satu kenyataan memaklumkan, kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 dan 40 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen pada jam 9 pagi.

Menurutnya, kedua-dua suspek itu akan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu, media melaporkan suami isteri ‘lalok’ ditahan selepas tersilap membancuh susu bayi mereka dengan air syabu di sebuah flat di Taman Medan, pada 19 Februari lalu.

Shahrulnizam dilaporkan berkata, bayi lelaki berusia setahun empat bulan itu dihantar suami wanita berkenaan kepada neneknya berusia 55 tahun yang tinggal di Seri Kembangan pada hari kejadian.

Menurutnya, semasa dalam jagaan neneknya, mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal sebelum dia bertanyakan mengenai perkara itu kepada ibu mangsa.

Katanya, ibu mangsa kemudian mengaku tersilap membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya.

Bayi tersebut bagaimanapun sudah dibenarkan keluar hospital, Khamis lalu dan kini dalam jagaan neneknya.

Shahrulnizam berkata, pemeriksaan kesihatan mendapati bayi itu sihat. – 28 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related