Subsidi tiket penerbangan Aidilfitri selama dua minggu libat kos besar: Loke

Walaupun hanya tiga hari, ia mencecah kos jutaan ringgit, justeru dari segi sumber kewangan ia tidak mencukupi untuk menampung kos sekiranya tempoh dipanjangkan

4:21 PM MYT

 

LANGKAWI – Permintaan untuk penetapan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Aidilfitri dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu akan melibatkan kos yang besar, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke mengulangi bahawa inisiatif itu, yang juga dilaksanakan untuk beberapa musim perayaan lain, dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan tanpa pembiayaan khusus daripada Perbendaharaan.

“… sudah tentu. Ini yang saya mahu laksanakan sepanjang tahun (pemberian tambang subsidi).

“Namun, ia adalah kos yang perlu ditanggung oleh kementerian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.

Menurut Loke walaupun hanya tiga hari, ia mencecah kos jutaan ringgit, justeru dari segi sumber kewangan ia tidak mencukupi untuk menampung kos sekiranya tempoh terbabit dipanjangkan kepada dua minggu.

Sabtu lepas, Loke memaklumkan kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk perjalanan tiga hari, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurut Loke ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti.

Semalam, Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) meminta tempoh penetapan RM599 harga maksimum terbabit dipanjang dari tiga hari kepada dua minggu supaya lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah mendapat harga tiket berpatutan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.

Persatuan itu menyifatkan tempoh tiga hari itu tidak mencukupi kerana tidak semua boleh bercuti awal dan ada yang terpaksa bekerja semasa perayaan berkenaan. – 27 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related