Ustazah Asma tutup Kafe Momen ‘tak mampu tanggung lagi kerugian negatif RM30,000 setiap bulan’

Tindakan itu dibuat kerana beliau terpaksa menanggung kerugian yang besar setiap bulan sehingga terpaksa menggunakan semua simpanan

2:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kafe Momen, yang dimiliki oleh selebriti dan penceramah bebas, Ustazah Asma Harun di Seremban akan ditutup setelah setahun beroperasi.

Asma berkata, tindakan itu dibuat kerana beliau terpaksa menanggung kerugian yang besar setiap bulan sehingga terpaksa menggunakan semua simpanan.

Beliau mendakwa kenaikan harga barang sebagai punca dan menyebabkan kesukaran untuk menampung kos operasi restoran terbabit.

“Kami tidak mampu menampung kerugian, setiap bulan negatif RM30,000, bayangkan setahun bertahan jika dihimpun kerugian RM300,000 lebih.

“Kami meminjam, keluarkan apa simpanan yang ada, barang kemas kita jual.

“Lepas sebulan berniaga selama 30 hari, saya tanya berapa duit pada akauntan, ada RM2,000. Gaji pekerja sebulan dekat RM30,000 dan tanya berada ada dalam akaun, katanya RM2,000.

“Jadi untuk bayar sewa kedai kami terpaksa meminjam, keluarkan apa simpanan yang ada dan barang kemas juga kita jual.

“Pada bulan ini tiada apa apa yang nak ditampung,” katanya menerusi akaun TikTok akaun Ar Rayyan Channel.

Kafe Momen menjual hidangan masakan panas termasuk laksa dan terletak di Senawang, Seremban.

Asma menyatakan, kesibukannya sebagai penceramah turut menyebabkan dia tidak dapat memberikan fokus kepada restoran terbabit.

Justeru, beliau turut mempelawa mana-mana pihak yang berminat untuk membeli kafe berkenaan, yang telah diubahsuai dengan modal RM100,000. – 27 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Related