Peserta Bersih mula berkumpul, ‘tuntut reformasi 100 peratus’

Seramai 100 orang menyertai perhimpunan itu

8:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Di sebalik larangan polis baru-baru ini, peserta Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini berkumpul secara aman di hadapan Tugu Negara bersama dengan risalah dan plakad serta kain rentang, bagi menuntut reformasi 100 peratus.

Seramai 100 orang menyertai perhimpunan itu bagi menuntut antaranya menambah baik perlindungan terhadap pemberi maklumat dan membuka akses terhadap maklumat kerajaan dan tuntutan berkenaan manifesto PH iaitu menyemak semula Akta Hasutan.

Polis Kuala Lumpur sebelum ini memaklumkan tidak menerima sebarang permohonan pemberitahuan perhimpunan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 daripada Bersih atau mana-mana pihak.

Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz memberitahu Scoop bahawa kumpulan berkenaan telah mengadakan ‘perbincangan positif’ dengan polis. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 27 Februari, 2024

Sehubungan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, sebarang perhimpunan tanpa pemberitahuan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Bagaimanapun, semalam, pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz memberitahu Scoop bahawa kumpulan berkenaan telah mengadakan ‘perbincangan positif’ dengan polis di Balai Polis Dang Wang selepas menghantar notis mengenai perbincangan berkenaan.

Notis itu sebagai jawapan kepada Allaudeen berhubung isu notis di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012

“Perbincangan (dengan polis) adalah positif. Mereka mengarahkan kami untuk mengelakkan isu-isu yang boleh mengancam ketenteraman awam, keselamatan, kesesakan lalu lintas serta provokasi tidak diingini,’’ katanya.

Faisal juga memaklumkan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mematuhi arahan berkenaan.

Sementara itu, perhimpunan aman itu berjalan dengan aman dan dikawal oleh pihak berkuasa dengan peserta yang kebanyakannya memakai baju hitam dan kuning, membawa plakad yang antaranya tertulis ‘tolak dua darjat’ dan ‘Rakyat Bangkit’.

Sambil melaungkan ‘hidup rakyat’ mereka bergerak menuju ke bangunan Parlimen dan memorandum telah diserahkan kepada dua wakil kerajaan iaitu William Leong (Selayang) serta Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang). – 27 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related