1MDB: 4 negara tidak beri kerjasama rakam percakapan saksi

Satu-satunya negara yang memberikan kerjasama adalah Singapura, dengan saksi Kevin Michael Swampillai

7:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini empat negara tidak memberi kerjasama ketika beliau membuat permohonan untuk merakam percakapan beberapa orang saksi bank berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nur Aida Ariffin, 37, berkata, empat negara yang terdiri daripada Switzerland, Barbados, Hong Kong dan Belanda, tidak memberikan sebarang jawapan atau maklum balas ketika beliau membuat permohonan itu melalui Peguam Negara pada 2018 dan 2019.

“Satu-satunya negara yang memberikan kerjasama adalah Singapura, dengan saksi Kevin Michael Swampillai (saksi pendakwaan ke-44) yang merupakan bekas Ketua Perkhidmatan Pengurusan Dana Bank BSI (Singapura) telah memberikan keterangan kepada pasukan siasatan.

“Seorang lagi saksi daripada bank sama iaitu Yak Yew Chee (bekas Pengarah Urusan Bank BSI) tidak mahu memberikan keterangan di sini (Malaysia),” katanya ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.

Ketika ditanya Muhammad Shafee mengenai keberadaan Yak, Nur Aida menjawab ‘tidak tahu’.

Pada November 2016, Yak telah dipenjara selama 18 minggu dan didenda S$24,000 (kira-kira RM85,315) oleh Mahkamah Singapura selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan memalsukan dan dua tuduhan gagal mendedahkan urus niaga mencurigakan berkaitan 1MDB.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-49 itu berkata, permohonan untuk merakam percakapan bertulis telah dibuat kepada Switzerland dan Singapura pada 23 Ogos 2018, Barbados pada 6 Mac 2019, manakala Hong Kong pada 22 Januari 2019.

Nur Aida berkata, beliau menghubungi lima negara berkenaan untuk memastikan kesahihan dokumen yang diperoleh pihak pendakwaan melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) bagi membantu siasatannya dalam kes dihadapi bekas perdana menteri itu.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – 26 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Zii Jia’s payment sponsorship-based, not for national representation, says BAM admin head

This as badminton body’s sponsors differ from star shuttler’s, says Michelle Chai

Bar Council’s challenge of Pardons Board decision to reduce Najib’s sentence is ‘unprecedented’: Hamid Sultan

Retired judge says he has never heard of an attempt to impair a prisoner's constitutional rights, or an injunction to restrict their rights

Related