Kesihatan Hadi tidak mengizinkan, masih dalam tempoh pemulihan

Menurut Setiausaha Politiknya, surat dan sijil cuti sakit Hadi sudah dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, semalam

5:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketiadaan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini adalah kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dan masih dalam tempoh pemulihan.

Perkara tersebut disahkan Setiausaha Politik kepada Hadi, Mohd Syahir Che Sulaiman yang memaklumkan Presiden PAS itu juga masih perlu menjalani beberapa rawatan susulan di Terengganu.

Malah, Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, surat dan sijil cuti sakit Hadi sudah dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul semalam.

“Kesihatan Tuan Guru (Abdul Hadi) tidak mengizinkan, masih dalam tempoh pemulihan. Ada beberapa rawatan susulan di Terengganu.

“Surat dan sijil cuti sakit (MC) hospital sudah dihantar kepada Tan Sri Speaker semalam (25 Februari),” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada media, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kelibat Hadi tidak kelihatan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.

Semasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, kerusi Hadi di barisan hadapan blok pembangkang dilihat kosong.

Berdasarkan data dikumpulkan Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) melalui inisiatif MyMP, Hadi dikatakan hanya menghadiri 33 daripada 103 sesi Parlimen sejak 26 Julai 2021.

Terdahulu, Hadi, 76, dimasukkan ke Insitut Jantung Negara (IJN) pada 1 Januari lalu bagi melakukan pemeriksaan susulan mengikut rutin kesihatan seperti ditetapkan.

Sepanjang hampir 10 hari dirawat, beliau tidak dibenarkan menerima pelawat.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tidak dapat menemuinya ketika melawatnya di hospital berkenaan pada 5 Januari lalu.

Bagaimanapun, beliau dibenarkan pulang pada 11 Januari lalu selepas mendapat rawatan di IJN dan dinasihatkan untuk berehat.

Kali terakhir beliau dimasukkan ke IJN pada Jun tahun lalu bagi menjalani rawatan serta pemantauan doktor. – 26 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related