‘Saya hormat dan terima kritikan’ kata pelakon Nadiya Nisaa bagi menjawab kontroversi La Luna didakwa perlekeh Islam

Filem arahan M Raihan itu dikatakan memberi persepsi buruk terhadap Islam, malah beberapa watak didakwa mempromosikan adegan ‘soft porn’ serta merendahkan agamawan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Salah seorang pelakon filem La Luna, Nadiya Nisaa terbuka menerima segala kritikan yang dilontarkan terhadap filem berkenaan termasuk daripada golongan agamawan yang mengaitkan naskhah itu mempunyai unsur-unsur memperlekehkan Islam.

Nadiya, atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 39, melakonkan watak sebagai Mariam iaitu seorang wanita yang didera dalam filem berkenaan.

Ketika dihubungi Scoop, Nadiya bagaimanapun menghormati dan menerima kritikan tersebut yang disifatkan sebagai lumrah biasa dalam dunia hiburan.

“Kalau agamawan nak menegur, kami terima kerana bukan semua orang boleh menerima karya kita daripada sudut yang baik. Kami terima dengan hormat dan terbuka (segala kritikan) kerana kita sedang belajar setiap hari dan niat kami hanya Allah yang tahu.

“Itulah tujuan kita buat filem, kita meraikan pendapat semua orang dan nak orang berfikir. Kebanyakan orang kalau tengok drama atau filem mereka akan tengok layer yang paling atas, itu sahaja. Kalau kita nak berdebat sangat pun, perkara ini takkan habis,” katanya.

Sharifah Amani (kanan) dan Shaheizy Sam memegang watak utama dalam La Luna. – Gambar Instagram Sharifah Amani, 26 Februari, 2024

La Luna sebelum ini telah menerima kritikan kerana dikatakan memberikan persepsi buruk terhadap agama Islam selain beberapa watak dalam babak di dalam filem itu didakwa mempromosikan adegan ‘soft porn’ serta merendahkan agamawan.

Malah seorang penulis, Zabidi Mohamed mendakwa strategi sebegini diguna pakai di dalam industri perfileman tanah air oleh individu-individu di belakang tabir yang bersikap liberal.

Ia adalah filem arahan pengarah dari Singapura, M Raihan Halim dan dibintangi Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Hisyam Hamid, Namron dan Farah Ahmad.

Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Kangsar itu boleh ditonton di platform penstriman Netflix.

La Luna mengisahkan Hani (lakonan Sharifah Amani) yang membuka kedai pakaian dalam diberi nama La Luna di Kampung Bras Basah dan mendapat tentangan daripada ketua kampung, yang mahu memusnahkan perniagaannya itu walau dengan apa cara sekalipun.

M Raihan sebelum ini telah menyangkal dakwaan itu dan menegaskan La Luna diihasilkan bagi membincangkan isu penunggang agama secara kritis di layar.

Antara babak filem La Luna yang dikatakan mempunyai unsur ‘soft porn’ kerana mengisahkan seorang gadis membuka kedai pakaian dalam wanita di sebuah kampung. – Gambar media sosial, 26 Februari, 2024

Mengulas lanjut, Nadiya menyifatkan filem tersebut mengandungi banyak nilai positif namun tidak mempertikai kritikan terhadap filem itu kerana setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza dalam menilai sesuatu karya.

“Kita buat filem ini boleh diibaratkan secara metafora seperti kita membuat nasi lemak, siapa yang makan boleh kata ia sedap atau tak sedap. Siapa yang kata sedap, saya terima dan yang kata tak sedap pun saya terima.

“Kenapa saya nak mempertikaikan orang yang cakap tak sedap sebab mungkin sebelum ini dia dah pernah makan nasi lemak yang lebih sedap,” katanya yang tidak menafikan pelbagai karakter dalam filem itu, mencerminkan realiti kehidupan pada masa kini seperti pemimpin kuku besi serta suami yang selalu mendera dan menganiaya isteri.

Nadiya Nisaa bersama barisan pelakon filem La Luna. – Gambar Instagram Sharifah Amani, 26 Februari, 2024

Ketika ditanya mengenai dakwaan elemen ‘soft porn’ yang tidak bersesuaian dengan adab budaya Melayu untuk dipertontonkan kepada umum, Nadiya berkata, filem tersebut langsung tidak memaparkan sebarang aksi tidak senonoh, sebaliknya ia merupakan imaginasi yang datang daripada penilaian penonton sendiri.

“Saya tak tahu dari mana datang soft porn atau sebagainya sebab tiada pun dalam cerita ini. Itu semua hanyalah imaginasi penonton, kita ingin menunjukkan kasih dan sayang suami isteri tapi kita tidak tunjuk pun macam mana mereka buat dan beyond that, kita biarkan penonton berimaginasi.

“Kalau mereka nak imagine soft porn, itu terletak pada pemikiran masing-masing dan kalau mereka tengok filem itu dengan anak-anak, tanggungjawab ibu bapa untuk menerangkan, mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu sentiasa bertanggungjawab terhadap apa anak-anak kita baca dan tonton. – 26 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related