Netizen kesal beli kambing goreng, ‘dah la sebesar sup bunjut’, mentah pula tu

Kambing itu dibeli di Saleng Kulai, Johor, namun tidak menamakan kedai terbabit

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Keterujaan seorang netizen untuk menikmati kambing goreng tidak kesampaian apabila dia mendapati kambing yang dibelinya itu mentah dan dalam kuantiti yang sedikit, tidak berbaloi dengan harga sebanyak RM14.50.

Dikenali sebagai Mohamed Syukry Abu B, dia memuatnaik video di akaun Tiktok Syukpuddingface89, dan menyifatkan ia sebagai satu penganiayaan kepada pembeli.

Mohamed Syukry telah membuat naik beberapa video mengenai kambing yang dibelinya itu.

Jelas mengecewakan, Mohamed Syukry berkata dia dimaklumkan oleh peniaga bahawa kambing goreng seberat 100 gram namun apabila ditimbang semula di rumahnya, ia kurang 50 gram.

“Saya baru timbang tadi lebih kurang 50 gram lebih sahaja, tiada apa yang boleh dimakan.

“Mahal dah satu hal, tak masak dah satu hal.

“‘Ini dah kira aniaya customer. Ini tak boleh makan,’’ katanya.

Mohamed Syukry juga telah kembali ke kedai tersebut tetapi pemiliknya tiada di situ.

Dia hanya menyatakan kambing itu dibeli di Saleng Kulai, Johor, tetapi tidak menamakan kedai tersebut kerana tidak mahu menjatuhkan perniagaan orang lain.

Ditanya sama ada dia sudah makan kambing itu, Mohamed Syukry memberitahu dia belum merasa makanan tersebut.

“Belum bang, saya pun terkejut tengok portion dia sebesar sup bunjut je,’’ katanya.

@syukpuddingface89 Membalas kepada @lesungmanis85 ♬ bunyi asal – Mohamed Syukry Abu B

Ada juga yang bertanya kepadanya sama ada dia tidak melihat kambing itu ketika membelinya, namun Mohamed Syukry berkata:

“Dia (penjual ) kata abang tunggu dalam kereta dulu sebab (cuaca) panas.’’

Berikutan itu, ramai yang meminta dia membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi memboleh pemantauan dijalankan selain mengelakkan orang ramai pula yang menjadi mangsa.

Apatah lagi bulan Ramadan semakin menghampiri, maka kes-kes seperti ini akan lebih berleluasa. – 25 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related