Pesanan kata semangat dikirim remaja sentuh hati Perdana Menteri

Anwar turut berterima kasih dan mendoakan kebaikan untuk Fitri susulan pesanan disampaikan melalui Dr Wan Azizah itu

8:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pesanan diberikan seorang remaja, Fitri Ramadhan, 14, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau terus kuat dan tabah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin, menyentuh hati pemimpin negara itu.

Berkongsi perkara berkenaan di Facebook, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Fitri atas pesanan bermakna yang disampaikan remaja itu melalui isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika kedua-dua mereka bertemu.

Perdana Menteri turut mendoakan supaya Fitri berjaya dalam pelajaran dan menjadi individu yang mampu memberi sumbangan kepada negara.

“Azizah kirim gambar bersama anakanda Fitri Ramadhan, pelajar Tingkatan Dua di SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) Selayang Baru yang kirimkan pesan seperti berikut kepada saya.

“Apa yang dilemparkan dan tidak berfaedah, biarkan ia menjadi seperti air yang mengalir sahaja tanpa memberikan kesan negatif kepada kita.

“Terima kasih atas pesanan ini. Saya doakan anakanda Fitri berjaya dalam pelajaran dan dapat menyumbang kepada negara kelak,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen juga tersentuh dengan ucapan Fitri dan turut mendoakan semoga urusan Perdana Menteri dipermudahkan.

“Terbaik Fitri…PMX (Anwar), teruslah menjadi pokok yang lebat dengan buah-buahan. Meskipun sering dilempar dengan batu atau kayu yang menyakitkan, namun pokok tetap memberikan buah menyelerakan. Tiada dendam…” kata Asmin.

“Jadilah insan yang sentiasa mengenang jasa pemimpin yang ikhlas berjuang tanpa megharapkan balasan. Tegak Melayu kerana budinya,” tulis Kamariah.

“Terbaik adik Fitri, Perdana Menteri seorang pemimpin yang punya ketahanan dan kesabaran, dia dah lalui pelbagai lemparan yang tak mampu dilalui insan biasa. Semoga adik Fitri jadi manusia yang berjaya suatu masa nanti dan mampu jadi pemimpin hebat seperti PMX,” komen seorang pengguna.

Anwar mula menerajui pentadbiran negara selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022, sejurus Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu.

Kerajaan pimpinan Anwar ditubuhkan menerusi gabungan beberapa parti politik, selepas tiada mana-mana pihak memperoleh majoriti untuk menubuhlan kerajaan pasca PRU-15.

Selain ditunjangi PH, pentadbiran pimpinan Anwar dianggotai beberapa parti politik, antaranya Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). – 25 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

In latest book ‘Saving the Planet’, Nik Nazmi makes urgent call for climate action

New book offers a Malaysian perspective on the global environmental crisis, highlighting economic and social stakes of climate change

FashionValet offload ‘responsible exit’, Khazanah, PNB sold RM47 mil stake for RM3.1 mil: MoF

Ministry says over RM40 mil total loss is ‘negligible compared to overall income for relevant year’

Related