‘Siakap Sayap’ bikin ramai terliur, jadi hidangan utama berbuka puasa

Sayap ikan siakap yang dihidang tanpa isi, dimasak seperti gulai dan ditambah dengan lemak-lemak membuatkan rasanya ‘melekat’ di lidah

6:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ramadan semakin menghampiri dan dalam keterujaan untuk menyambut bulan mulia itu, mungkin ada yang masih mencari-cari tempat untuk berbuka puasa.

Meskipun banyak tempat yang menawarkan pelbagai menu menarik, namun jangan kecualikan Sajian Senja di Hotel Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil.

Banyak hidangan disediakan tetapi Siakap Sayap mungkin menarik perhatian ramai.

Pada mulanya Siakap Sayap hanya dihidangkan di kantin pekerja, namun disebabkan ia menjadi kesukaan ramai, pihak pengurusan Hotel Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil menjadikan ia sebagai hidangan ‘signature’ untuk buffet berbuka puasa ini.

Kenapa ia dinamakan Siakap Sayap?

Menurut Bennett Peter, buffet Ramadan hanya dibuka dua hari selepas umat Islam berpuasa bagi memberi peluang kepada mereka berbuka bersama keluarga atau insan tersayang terlebih dahulu. – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Februari, 2024

Ini kerana hanya sayap ikan siakap yang dihidangkan, tanpa isi ikan tersebut.

Siakap Sayap ini adalah seperti gulai dan sedap jika dimakan bersama dengan nasi panas serta sambal belacan.

Lebih menarik jika dicicah dengan roti kerana rasanya seakan-akan kari kepala ikan, bezanya bukan kepala tetapi hanya sayap.

Ditambah dengan lemak-lemak yang terdapat pada sayap ikan siakap, rasanya ‘melekat’ di lidah.

Ia merupakan masakan yang dimasak secara ‘suka-suka’ oleh chef di situ dan tanpa disangka menjadi kesukaan ramai hingga diangkat sebagai hidangan utama untuk buffet berbuka di hotel tersebut yang baru beroperasi sejak September tahun lalu.

Nasi beriani dan kurma kambing antara menu menarik yang dihidangkan di buffet buka puasa di Hotel Hyatt Place Kuala Lumpur Bukit Jalil . – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Februari, 2024

Selain ikan, turut dihidangkan ialah kambing rendang ayam dan daging, sate, ayam bakar percik, ayam masak merah, nasi beriani, kurma kambing, Dim Sum, Kung Pao Green Mussel with capsicum, ulam-ulaman dan pelbagai jenis manisan.

Chef yang menyediakan hidangan buka puasa ini ialah Lee Yew Ken yang juga ketua kulinari serta Muhamad Taufiq dan Chef Muhammad Afiq.

Buffet berbuka puasa itu akan bermula pada 14 Mac sehingga 5 April dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 petang di Wira Ballroom.

Menurut Pengurus Besarnya, Bennett Peter, buffet berbuka puasa itu dibuka selepas dua hari umat Islam berpuasa bagi memberi peluang kepada orang ramai berbuka bersama-sama keluarga atau insan tersayang terlebih dahulu, sebelum mereka berbuka di luar.

Ulam-ulaman, manisan, Dim Sum, Kung Pao, Green Mussel dengan capsicum dan pelbagai jenis manisan turut menanti pengunjung. – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Februari, 2024

“Kelazimannya umat Islam akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga dan selepas beberapa hari baru berbuka di luar.

“Kita memahami keadaan ini dan sebab itu kita buka dua hari selepas umat Islam berpuasa,’’ katanya.

Dengan pelbagai menu yang dihidangkan sepanjang Ramadan, harga RM167 untuk dewasa dan RM97 bagi kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun amat berbaloi. – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Februari, 2024

Mengulas mengenai harga yang ditawarkan, katanya, bagi dewasa, harga yang ditawarkan ialah RM167 manakala RM97 bagi kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun.

Ia turut menawarkan baucer early bird pada harga RM137 untuk pembelian tunggal sebelum 6 Mac dan ia boleh digunakan untuk tempahan sehingga 5 April, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Selepas berbuka, mungkin ada yang ingin membeli-belah, maka mereka boleh mengunjungi Pavilion Bukit Jalil, yang terletak di dalam kawasan yang sama. – 25 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Ramli Ngah Talib bakal Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang?

Bekas Menteri Besar Perak itu dijangka menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Mei, selepas berkhidmat hanya satu penggal

Closure of Bandar Sri Damansara post office worries local community – Ravindran Raman Kutty

BANDAR Sri Damansara is a unique township that is equipped with almost every amenity, including a dynamic post office. We, through the resident’s association, managed to secure this post office in the late 1990s, and our residents have been enjoying the services to date. 

Ramli Ngah Talib next Governor of Penang?

Former Perak Mentri Besar expected to succeed Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak in May, with the latter only having served one term

Related