Datang mengaku sebagai keturunan Nabi, terus percaya, Dr Maza nasihat jangan tertipu

Ingatan itu telah diberikan sejak setahun lalu terhadap lelaki dari Algeria berkenaan yang mendakwa berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menempelak pihak-pihak yang mengecamnya hanya kerana beliau pernah menyatakan bahawa ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ seorang scammer.

Menurut Dr Maza, ingatan itu telah diberikan sejak setahun lalu terhadap lelaki dari Algeria berkenaan yang mendakwa berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

“Setahun lebih dahulu, di meja kuliah, saya bagitau kemungkinan scammer, tapi (saya) dikatakan tak sayang keturunan Nabi. Dia tengok muka ada janggut putih, mata bercelak, terus jadi keluarga Nabi.

“Orang datang mengaku sebagai keturunan Nabi, terus percaya. Sekarang baru nak kata scammer.

“Kita mudah ditipu. Sebahagian ada buat cerita kartun, kenapa pakai cermin mata hitam sebab takut terkena panahan matanya, amboi… cair sangat,’’ katanya menerusi klip video yang dimuatnaik dalam Facebooknya.

Video berkenaan bertajuk “Kita Dah Kata Lama. Dia Tu Scammer! Seorang Profesor Ada Bukti Lebih Sahih ‘Dia’ Keturunan Nabi?.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada sikap taasub terhadap seorang lelaki warga Magribi dikenali sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ yang mendakwa dirinya berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

Sikap taksub melampau itu, kata Na’im adalah sesuatu perkara yang berbahaya kepada diri dan Masyarakat.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis akan bekerjasama dengan pihak agama negeri bagi memantau kegiatan Mohamed Amin.

Lelaki warga Maghribi dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Amin’, keluar masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Individu terbabit keluar masuk dalam negara dan membina pengaruh dia, mendapatkan pengikut dia kerana standing point dia nasab keturunan Rasulullah, nasab ke-38.

“Sebenarnya dalam rekod kita, dia adalah warga Algeria. Dia travel menggunakan pasport antrabangsa Perancis,” katanya. – 25 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related