Jajaran baharu bermakna PJD Link perlu dimulakan semula: Amirudin Shari

Datuk Seri Amirudin Shari berkata bukan semua penduduk menentang projek lebuh raya itu

6:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemaju Lebuhraya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) perlu ‘bermula dari awal’ jika perubahan dilakukan ke atas jajaran yang ditetapkan sebelum ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ini termasuk berunding semula projek itu dengan kerajaan Persekutuan, yang telah memberikan kelulusan.

Memandangkan kelulusan oleh Persekutuan diberikan kepada jajaran ketika ini, sebarang perubahan akan memerlukan pemaju untuk membentangkan cadangan baharu ‘dari A ke Z’ kepada kerajaan Persekutuan, kata Amirudin dalam satu program di Shah Alam malam tadi.

“Adakah mereka bersedia untuk berbuat demikian?’’ katanya.

Menteri Besar juga berkata, walaupun ada yang menentang, namun terdapat juga mereka yang menyokong projek berkenaan.

Amirudin berkata, pentadbiran kerajaan negeri menerima kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada pemaju yang menyatakan bahawa penduduk Taman Medan dan Kinrara mahukan lebuh raya itu, namun ada penduduk di kawasan lain di Petaling Jaya membantah.

Justeru, katanya, pemaju diberitahu mereka boleh membuat jajaran semula lebuh raya itu bagi mengelakkan ia melalui kawasan di mana penduduk menolaknya.

Bagaimanapun, ini bermakna rundingan semula dengan kerajaan Persekutuan.

Cadangan pembinaan lebuh raya itu telah diluluskan secara dasarnya oleh Kabinet pada November 2017, dan kerajaan negeri pada September 2020, tertakluk kepada laporan penilaian impak.

Pada Khamis, Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim ketika dihubungi Scoop berkata, PJD Link tidak dibatalkan namun ditangguh bagi membolehkan kajian semula jajaran dijalankan terutama di kawasan Petaling Jaya.

“Keputusan kerajaan negeri simple…perlu kaji semula jajarannya terutama di kawasan PJ (Petaling Jaya),’’ katanya.

Difahamkan laporan SIA telah pun mendapatkan kelulusan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (PLAN Malaysia Selangor) di mana projek ini boleh diteruskan.

Amirudin pada Julai lalu memaklumkan pembatalan projek berkenaan, menjelang pilihan raya negeri namun beberapa hari kemudian beliau berkata ia boleh dihidupkan semula jika memenuhi syarat yang ditetapkan dan kelulusan penduduk.

Katanya, masih terdapat keperluan untuk membangunkan lagi Petaling Jaya dan memperkenalkan sistem penyuraian trafik yang lebih berkesan. – 24 Februari, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related