Muhyiddin nafi terbabit salah laku kontrak Spanco

Katanya, dakwaan itu adalah sebahagian daripada siri pembunuhan karakter yang dibuat musuh politik bagi menjejaskan reputasinya

8:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau terbabit dalam salah laku berhubung pemberian kontrak pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan kepada Spanco Sdn Bhd (Spanco).

Beliau berkata, dakwaan itu adalah sebahagian daripada siri pembunuhan karakter yang dibuat musuh politik bagi menjejaskan reputasinya.

Katanya, sehingga kini tohmahan jahat itu berlegar dalam media massa dan media sosial tanpa butiran yang lengkap menunjukkan, bagaimana beliau terbabit dalam perkara itu dan apakah salah laku berkenaan.

“Samalah seperti tuduhan sebelum ini kononnya saya menyeleweng wang negara bernilai ratusan billion ringgit yang sehingga kini, tidak dapat dibuktikan oleh mereka yang menuduh saya.

“Saya juga sudah dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan rasuah berkaitan projek Janawibawa.

“Pihak pendakwa merayu dan rayuan akan didengar Mahkamah Rayuan pada 28 dan 29 Februari 2024. Saya berdoa semoga saya mendapat keadilan di mahkamah,” katanya menerusi Facebook.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, berhubung kontrak Spanco, kerajaan sepatutnya mendedahkan kenapa surat niat (LOI) yang diberikan kepada sebuah syarikat lain oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum itu, dibatalkan.

“Saya percaya maklumat mengenainya ada di Kementerian Kewangan. Perlu didedahkan juga ialah tarikh bila kontrak tersebut diberikan kepada Spanco.

“Janganlah membuat tuduhan melulu terhadap saya,” katanya.

Muhyiddin berkata, sebagai Perdana Menteri antara Mac 2020 dan Ogos 2021, beliau tidak terbabit dalam sebarang pemberian kontrak kerajaan yang diuruskan Kementerian Kewangan,” katanya.

Kelmarin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan keterangan bekas Menteri Kewangan dalam siasatan berterusan terhadap kontrak yang diberikan kepada Spanco pada akhir 1990-an.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bekas Menteri Kewangan itu memegang jawatan antara 2020 dan 2021.

Bagaimanapun, katanya, SPRM belum memanggil bekas Perdana Menteri yang memegang jawatan dalam tempoh sama.

“Kami akan memanggil sesiapa sahaja yang terlibat dalam penganugerahan projek itu. Setakat ini, bekas Menteri Kewangan sudah dipanggil, tetapi kami belum memanggil bekas Perdana Menteri lagi.

“Saya serahkan kepada pegawai penyiasat untuk melihat sama ada ada terdapat keperluan untuk memanggil bekas Perdana Menteri untuk mendapatkan kenyataan,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjanjian kerajaan dengan Spanco merugikan negara, iaitu pendirian yang beliau katakan dipegangnya sejak berkhidmat sebagai Menteri Kewangan pada 1990-an.

“Saya tidak tahu apa yang salah (mengenai Spanco), tetapi saya tahu ia tidak betul. Saya tahu ia merugikan negara dan saya tahu penjawat awam tidak berpuas hati dengannya,” katanya. – 24 Februari, 2024

Topics

Hangat

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

Related