Nasi ambeng, mi kolok, bak kut teh dan uthappam diisytihar Objek Warisan 2024

Pengisytiharan itu dibuat menerusi kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya Warisan dan telah menjadi Warta Kerajaan Persekutuan

10:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nasi ambeng, mi kolok, bak kut teh dan uthappam adalah antara makanan yang diisytiharkan sebagai Objek Warisan 2024 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Pengisytiharan itu dibuat menerusi kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya Warisan oleh subseksyen 49(1) akta berkenaan dan telah menjadi Warta Kerajaan Persekutuan.

Pesuruhjaya Warisan, Mohamad Muda Bahadin berkata, burasak, nasi ambeng dan mi kolok berada dalam kategori makanan ruji manakala dodol kukus tahi minyak, kuih genggang/kuih lapis dan kuih karas berada di dalam kategori kuih-muih.

Kuih genggang/kuih lapis (gambar) yang lemak manis bersama kuih karas diletakkan dalam kategori kuih-muih Objek Warisan 2024 – Gambar laman web resipi Che Nom, 23 Februari, 2024

“Bak kut teh disenaraikan sebagai objek dalam kategori sup manakala teruk tuhau (makanan pembuka selera) dan air katira (minuman),’’ katanya.

Untuk rekod, nasi ambeng adalah makanan etnik Jawa merangkumi hidangan nasi putih bersama pelbagai lauk seperti ayam kicap, rendang daging, sambal goreng jawa merangkumi goreng tauhu, tempe, kacang panjang, bergedel serta serunding.

Ia dihidangkan sama ada di dalam talam atau daun pisang.

Manakala mi kolok adalah masakan yang terkenal di Sarawak, burasak pula adalah sejenis makanan Bugis yang dihasilkan dari beras dan santan.

Burasak adalah sejenis makanan Bugis yang dihasilkan dari beras dan santan – Gambar laman web Kata Malaysia, 23 Februari, 2024

Burasak biasanya dihidangkan semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sementara dodol kukus tahi minyak, kuih genggang/kuih lapis dan kuih karas adalah kuih yang tersedia di pasaran sepanjang masa.

Bak Kut Teh atau sup rusuk khinzir merupakan hidangan yang direneh dengan pelbagai jenis herba dan rempah.

Jeruk tuhau, yang berada dalam kategori makanan pembuka selera pula merupakan antara makanan tradisional istimewa Kadazan-Dusun.

Tuhau adalah sejenis halia liar yang dijadikan jeruk di Sabah – Gambar media sosial, 23 Februari, 2024

Tuhau adalah sejenis halia liar dan tumbuhan ini dicincang sebelum dicampur dengan beberapa bahan termasuk cili padi, limau kasturi dan bawang putih serta disimpan di dalam bekas kedap udara untuk dijadikan jeruk.

Ia sedap dimakan dengan nasi panas.

Sementara air katira pula merupakan air yang popular setiap kali tiba bulan Ramadan malah ia turut dijual di bazar-bazar di seluruh negara.

Antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan air katira ialah biji selasih kurma, kembang semangkuk, daun pandan, susu segar, badam dan madu. – 23 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related