Broker didakwa tipu berhubung pembelian landasan kereta api terpakai

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat serta denda

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang broker mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat perniagaan barang lusuh berhubung pembelian landasan kereta api terpakai sehingga menyebabkan kerugian RM210,000, dua tahun lepas.

Chin Kok Wei, 43, didakwa menipu K. Poobalan, 62, dengan memperdayakannya untuk mempercayai dia akan mendapatkan besi landasan kereta api terpakai sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM210,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Nove Metal Recycling Sdn Bhd, Jalan Sungai Besi, Cheras pada 4.11 petang, 14 November 2022 dan dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Mohamed Tahir A. Rahman yang mewakili Chin bagaimanapun memohon jaminan rendah dikenakan kepada anak guamnya memandangkan dia tidak mempunyai pendapatan tetap selain menanggung ibu bapa serta isteri yang tidak bekerja.

Hakim Azrul Darus kemudian membenarkan Chin diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dipohon pendakwaan dan menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes. – 23 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

Related