36 rakyat Malaysia cedera bas persiaran terbabas di Thailand

Nahas berlaku ketika pemandu bas cuba memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan dan terbabas

3:02 PM MYT

 

BANGKOK – Seramai 36 pelancong Malaysia dilaporkan cedera selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabit dalam nahas jalan raya di daerah Bo Phloi, Kanchanaburi, di barat Bangkok semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.20 tengah hari (waktu tempatan) ketika sekumpulan rakyat Malaysia berusia antara 4 hingga 70 tahun dalam perjalanan selepas melawat Taman Safari di Kanchanaburi.

Pemandu bas dan pemandu pelancong, kedua-duanya warga tempatan turut cedera dalam kejadian itu.

Seorang daripada ahli kumpulan itu, Hisyam Rahim berkata, nahas berlaku ketika pemandu bas cuba memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan dan terbabas.

“Ambulans dihantar ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada mangsa. Kami kemudian dibawa ke Hospital Bo Phlai di Kanchanaburi.

“Seorang rakyat Malaysia berusia 40 tahun mengalami kecederaan tendon dan menjalani pembedahan di Hospital Paholpolpayuhasena di Kanchanaburi.

“Seramai 35 lagi rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan ringan pulang ke hotel selepas menerima rawatan di hospital,” katanya kepada Bernama.

Kumpulan itu sedang mengikuti lawatan ke Thailand dari 21 hingga 24 Feb.

Sementara itu, Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan, kakitangan konsular kedutaan telah ke Kanchanaburi pada hari yang sama untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan.

“Kedutaan akan memberikan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya kepada Bernama. – 23 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related