NRES sasar 25 Rumah Ibadat Hijau diwujudkan setiap tahun: Nik Nazmi

Setakat ini sudah ada 12 Rumah Ibadat Hijau di seluruh negara dengan 58 permohonan

2:53 PM MYT

 

SEREMBAN – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyasarkan untuk melaksanakan 25 program Rumah Ibadat Hijau (RIH) di rumah ibadat seluruh negara setiap tahun, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, ia bertujuan menjadikan rumah ibadat dalam negara sebagai pusat pemangkin kelestarian alam selain menjadi premis contoh amalan kecekapan tenaga, air dan lestari sekali gus memupuk budaya gaya hidup hijau dalam kalangan ahli kariah serta komuniti setempat.

“Setakat ini kami sudah ada 12 RIH seluruh negara dengan 58 permohonan. Program RIH turut menekankan beberapa elemen termasuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, air, pengurusan sistem lampu cekap tenaga dan sebagainya.

“Kesedaran mengenai gaya hidup hijau daripada program ini akan mendidik kita tentang kepentingan untuk menjaga kelestarian alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program penyerahan Sistem Panel Solar menerusi RIH di Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng di sini hari ini.

Beliau berkata, di peringkat individu mahupun organisasi termasuk masjid, amalan gaya hidup hijau akan menjimatkan kos penggunaan utiliti dan menjana pendapatan sampingan menerusi program kitar semula seterusnya membantu kelancaran operasi.

Menurut Nik Nazmi, sebanyak RM257,961.23 terkumpul di bawah WMH sehingga 31 Januari lalu dengan RM190,000 dana WMH disalurkan kepada empat masjid pada tahun ini. – Gambar Facebook Nik Nazmi Nik Ahmad, 23 Februari, 2024

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) turut menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sejak 2021 bagi mewujudkan Wakaf Masjid Hijau (WMH) sebagai dana alternatif menggalakkan inisiatif teknologi hijau oleh masjid dan surau.

Menurut beliau, sebanyak RM257,961.23 terkumpul di bawah WMH sehingga 31 Januari lalu dengan RM190,000 dana WMH disalurkan kepada empat masjid pada tahun ini.

Katanya bagi menggalakkan penyertaan rumah ibadat dan komuniti di bawah RIH, Kementerian mengalu-alukan sumbangan daripada swasta dan orang ramai untuk WMH menerusi akaun YWM di RHB Islamic Bank bernombor 2124-576004-6138, sekali gus membudayakan gaya hidup hijau.

“Saya berharap program RIH pada hari ini menjadi pencetus kepada pembentukan anak-anak kariah dan komuniti setempat selaras dengan matlamat menjadi suri teladan ‘Gaya Hidup Hijau’ kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, beliau berkata, sistem panel solar yang pertama dipasang di Masjid Jamek Dato’ Klana Petra Sendeng adalah menerusi peruntukan RM60,00 di bawah WMH dan kutipan infak pihak masjid sebanyak RM12,000.

“Sistem panel solar ini dijangka menjana 26,600 kilowatt jam tenaga boleh baharu dan penjimatan kos utiliti masjid sebanyak RM14,000 secara tahunan,” katanya. – 23 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related